Sebagai pengantin, mesti kita mahukan sebuah majlis yang meriah dan akan diingati sampai bila-bila. Lagi-lagi kalau banyak perkara yang sudah dirancang dari dulu dan tiba masa untuk merealisasikan segalanya.
Peredaran zaman yang moden telah membuatkan majlis perkahwinan kini terselit dengan persembahan unik yang ditampilkan dan ada kalanya pengantin itu sendiri yang membuat persembahan tersebut.
Macam baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan pengantin sedang melakukan persembahan tarian semasa majlis perkahwinan mereka telah mencuri perhatian warganet.
@farzanaisml #DanHanyaAna always wanted a flashmob at our wedding and it happened! #malaysia
Rupanya dah lama rancang
Berkongsi cerita dengan Lobak Merah, Farzana berkata, idea untuk melakukan ‘flashmob’ ini telah lama dia idamkan untuk dipersembahkan semasa hari perkahwinannya.
Persembahan yang dilakukan ini adalah untuk menghargai jasa keluarga dan rakan-rakannya yang tidak pernah putus memberi sokongan terhadap diri dan pasangannya.
“Saya telah merancang majlis ini dari mula sehingga akhir dengan citarasa yang melambangkan diri saya dan juga hubungan saya bersama Danial serta untuk meraikan ‘our day’ bersama keluarga dan rakan terdekat,” katanya.
Berapa lama rehearsal?
@farzanaisml Replying to @✧・゚: ✧・゚𝖊𝖓𝖆𝖆𝖆・゚✧:・゚✧ full video as requesteddd!
Persembahan ‘flashmob’ yang berlangsung selama 5 minit itu telah dikoreograf oleh rakan baiknya, Faris Azim yang juga seorang penari terkenal.
“Saya hanya memberitahu dia dari aspek apa yang dimahukan serta penggunaan pelamin dalam tarian tersebut dan saya memberikan sepenuh kepercayaan untuk dia merangka persembahan tersebut dalam masa yang singkat.”
Apa yang menarik perhatian, Farzana memberitahu bahawa ini adalah kali pertama suaminya, Danial melibatkan diri dalam persembahan tarian seperti ini. First time dia menari tapi memang on point tarian dia!
Farzana dan suami hanya dapat melakukan latihan sebanyak 3 kali bersama Faris sejak 15 November dan hanya membuat rehearsal sekali sahaja semasa wedding rehearsal mereka.
https://www.instagram.com/p/CmNjORtBZb9/
Dengan jadual yang padat dan latihan yang kurang, Farzana sangat berbangga dengan suaminya yang telah menjayakan tarian ini.
Apa kata netizen?
Ruangan komen dipenuhi dengan pujian warganet terhadap kreativiti pasangan itu untuk memeriahkan majlis tersebut.
Difahamkan tarian itu juga turut disertai oleh kumpulan penari yang dikenali sebagai Zeppo Youngsters di majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam itu.
Memang unik dan lain daripada yang lain betul majlis perkahwinan ni… Apapun tahniah diucapkan kepada Farzana dan Danial!
Baca : Ini Kenapa Trend Gantung Baju Pengantin Pada ‘Fire Sprinkler’ Hotel Perlu Dihentikan