Admin sebenarnya tak faham sejenis manusia yang bawa kereta atas jalan raya ikut sesuka hati sendiri. Sudahlah bahayakan diri, kalau terlanggar kereta lain… kan dah bahayakan orang sekeliling.
Baru-baru ni, viral video di Facebook yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda, dibawa dalam keadaan terhuyung-hayang.
“Drunk and argue tak caya i’m police officer. Siap raise voice, You sapa ask my ID?”
Menerusi video yang dikongsikan Eijarm Al-Fayed, kereta tersebut pada mulanya kelihatan dibawa dalam keadaan bahaya dan beralih ke kiri serta kanan dalam bentuk ‘zig zag’.
Dia yang juga seorang anggota polis cuba mengejar kereta tersebut dari belakang sebelum kereta itu terbabas ke penghadang jalan raya dekat Lebuhraya MEX.
https://www.facebook.com/KingAlcatraz/videos/pcb.10221577342291508/10221577334371310/?type=3&theater
Agak mengejutkan, ketika Eijarm cuba memeriksa keadaan kereta tersebut, si pemandu yang mabuk kemudian bertindak biadap dengan menaikkan suaranya terhadap pegawai polis tersebut. Pulak…
Apa-apapun, pemandu itu katanya sudah dibawa ke IPD Putrajaya kerana cuba mengganggu tugasan polis dan tak percaya yang Eijarm merupakan seorang pegawai polis. Haih macam-macam…
“Mujur dia sorang jer melingkup… kalau kena kat kereta lain ke… tak pasal jadi anak yatim”
Rata-rata netizen yang tengok video tersebut memang tak setuju langsung cara pemandu itu bawa kereta. Sudahlah membahayakan orang lain pulak tu. Mujurlah ada anggota polis yang sudi membantu.
Peringatan kepada mereka yang memandu tu, janganlah drink and drive okay? Bahaya sangat. Kalau accident nanti siapa nak tanggung?