in

“You artis, bukan influencer TikTok” – Mierul Aiman Dikecam Sebab Vape Depan Khalayak Ramai

Ft Mierul Aiman Vape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Namanya kini sedang naik semenjak drama bersiri Projek : High Council mendapat sambutan orang ramai, Mierul Aiman sudah mula menjadi kecaman dan teguran warganet.

Satu video tular menyaksikan Mierul Aiman sedang melayani peminat-peminatnya dalam satu acara sambil mengembuskan asap vape telah membuatkan ramai netizen rasa kurang senang.


 

Vape depan orang ramai masa tengah kerja

Video itu dimuat naik oleh salah seorang netizen yang merasakan kurang senang dengan respon peminat yang menjerit histeria apabila melihat pelakon tersebut.

Dalam pada itu, ada seorang pengguna akaun Twitter ‘bersuara’ dengan memberikan teguran buat Mierul Aiman agar bersikap profesional, tidak merokok atau vape di khalayak ramai jika berada dalam satu acara.

“Hi Mierul Aiman, if you tengah in an event, in front of public, please avoid from vaping/smoking. you ada image untuk dijaga. you tu artis, bukan influencer TikTok.”

Screenshot 2023 04 13 175839

Menurut individu ini perbuatan tersebut dilabelkan tidak ada profesionalisme ketika bekerja terutamanya Mierul yang memegang imej sebagai seorang figura awam.

Kenyataan individu ini yang telah meraih lebih daripada 7,000 jumlah perkongsian di Twitter dalam masa sehari turut dipersetujui oleh warganet lain terutamanya mereka yang terdiri dalam kalangan peminatnya.

Mierul Aiman Mierul Aiman 2 Mierul Aiman 3

Ramai peminat mengharapkan agar teguran ini sampai ke pengetahuannya, apapun harap perkara ini dapat dijadikan panduan dan rujukan buat semua, bukan dalam kalangan artis sahaja.

Baca : Netizen Teruja Tengok Naim Daniel Jumpa Adam Shahz, Dua-dua Pernah Pegang Watak ‘Ayam’

Ayam Jumpa Ayam

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.