in

“Yg bagus mcm ni mmg patut kita puji” – [VIDEO] Polis Jumpa Budak Berlegar Jual Keropok, Tak Terus Kompaun Tapi Sedekah Duit

Ft Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral kisah Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal menghulurkan bantuan makanan kepada seorang suri rumah selepas dia didapati mencuri beberapa barang di sebuah pasar raya termasuklah kool fever.


Kali ini, viral pula sebuah rakaman video di TikTok menunjukkan dua anggota polis menasihati seorang kanak-kanak yang dijumpai berlegar menjual keropok di tengah bandar.

Menurut Harian Metro, video berdurasi 42 saat itu mendapat perhatian dan pujian ramai sejak ia dimuat naik semalam dan kejadian tersebut berlaku di sekitar Jalan Api-Api Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

Polis2

Kedua-dua anggota dari Balai Polis Kota Kinabalu itu terjumpa kanak-kanak tersebut pada jam 3.40 petang berseorangan di kawasan berkenaan. Mereka kemudian terus memanggilnya untuk bertanyakan keadaan sebenar, mengapa dia berada di luar berjalan seorang diri ketika itu.

Kanak-kanak itu memberitahu dia ingin berdikari dan mencari duit untuk membantu keluarganya menjual keropok. Bersimpati dengan kanak-kanak tersebut, anggota polis tersebut memberikan sedikit sumbangan wang tunai serta menasihatinya untuk berhati-hati dan memintanya terus pulang ke rumah.

Tonton video di bawah:

 

Baca: Polis ‘Terjah’ Rumah Ibu Ini Selepas Kantoi Curi Kool Fever, Sosej dan Kek. Ingatkan Nak Tangkap, Rupa-rupanya…

Polis6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.