in

Yasin Sulaiman Dibebas Dari Hukuman Penjara Seumur Hidup, Perlu Kembali Ke Hospital Bahagia

yasin sulaiman bebas dari penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dijel selama tiga tahun, komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman dibebaskan daripada semua tiga pertuduhan berkaitan dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali sebulat suara membatalkan sabitan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas Yasin.


Namun, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan penyanyi lagu ‘Mimpi Laila’ itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama tempoh diperkenan Sultan Selangor.

Artikel berkaitan: “Hari yang gelap & keputusan yang sangat pelik” – Yasin Sulaiman Dipenjara Seumur Hidup

Artikel berkaitan: “Aku sakit mental, sesekali kronik” – Sengsara Dalam Penjara, Yasin Sulaiman Tulis Lagu Kedua

Pada 29 November 2023, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Yasin atas tiga pertuduhan itu.

Kemudian pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadap Yasin yang mana Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas Yasin didapati bersalah atas tiga pertuduhan tersebut.

GpmMWNnb0AAhNvg

3 pertuduhan yang dikenakan pada Yasin sebelum ini

Pertuduhan pertama: Yasin didakwa dalam miliknya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Pertuduhan kedua: Didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama.

Pertuduhan ketiga: Didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.