
Buat malu je!
Sekarang ni ramai orang pilih naik pengangkutan awam untuk ke tempat kerja dan destinasi masing-masing. Semuanya sebab nak elakkan kesesakan lalu lintas dan tak perlu nak pening-pening stuck atas jalan raya.
Bagi yang pernah menaiki pengangkutan awam, kira common sense la kita bangun untuk berikan tempat duduk kat mereka yang lebih memerlukan kan? Sebab tu lah ada tempat duduk yang dikhaskan untuk orang-orang tua dan wanita mengandung dalam LRT mahupun MRT.

Tapi berdasarkan satu video yang dikongsikan oleh Ally Iskandar di Instagram miliknya, rakaman suasana dalam MRT tu menunjukkan tak semua orang ada kesedaran pasal ni. Sebab bila ada seorang wanita yang sarat mengandung masuk, tak ada seorang pun bangun berikan tempat duduk.
Lebih teruk lagi, dua orang lelaki yang sedang duduk nampak ibu mengandung tu masuk tapi saja je buat tak nampak. Salah seorang tu terus pura-pura tidur dan seorang lagi buat-buat main telefon bimbit. Ibu mengandung tersebut jelas nampak tak selesa sambil terus berdiri.

Namun tiba-tiba, seorang budak sekolah yang duduk berdekatan pulak bangun dan berikan tempat duduk kepada wanita mengandung tu. Rata-rata netizen bengang dengan sikap orang lain yang lebih dewasa tapi tergamak biarkan ibu mengandung tu berdiri.
Pun begitu, sikap budak sekolah tersebut mendapat pujian kerana dia sanggup give up seat sendiri supaya wanita tu boleh duduk. Orang dewasa sepatutnya menjadi contoh untuk yang lebih muda, tapi ni kanak-kanak pulak tunjuk akhlak yang lebih baik. Buat malu je!



Apa punya perangai orang dewasa macam ni, malu kat budak-budak!
Tengok video sikap adik ni yang patut dicontohi:
Sumber: Instagram
Baca: “Buat Malu Je Kat Masjid!”