in

“Yang naik lif pun berlenggang kangkung je” – Wanita Kecewa Masih Ramai Tak ‘Alert’ Penggunaan Lif

Stroller Lif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fasiliti lif di pusat membeli-belah sudah semestinya dapat memudahkan ramai pengunjung, tetapi sebagai rakyat yang prihatin kita seharusnya memberikan mereka yang lebih memerlukan lif seperti yang menggunakan kerusi roda, ibu bapa yang menggunakan strolller untuk anak-anak ataupun warga emas.

Bagaimanapun, didapati ramai yang masih kurang cakna mengenai isu ini, malah ramai juga yang masih ‘buat tak tahu’ apabila berdepan dengan mereka yang lebih memerlukan penggunaan lif.


Seperti perkongsian oleh pengguna Instagram Wanis Adam baru-baru ini di mana dia terpaksa mengangkat stroller anaknya, hanya kerana mereka yang berada di dalam lif tidak mahu keluar dan memberikan ruang kepada ibu tersebut.

https://www.instagram.com/p/CesLd1arirv/?utm_source=ig_web_copy_link

“Kami tunggu depan lift ni dah 4 round, tak ada sorang pun manusia pun yang ada belas ihsan dan tolak ansur untuk bagi kami ruang masuk dalam lift ni” tulisnya. 

Dalam posting tersebut, ibu itu menyatakan akhirnya dia terpaksa turun menggunakan eskalator malah, lebih menaikkan kemarahan apabila lelaki yang berada di dalam lif hanya memberi senyuman kepadanya.

Menerusi kapsyennya pula, dia meminta agar ramai lebih sensitif dan peka mengenai perkara ini, kes mengenai kanak-kanak jatuh eskalator juga sangat biasa di dengar.

Please be more sensitive ya guys!

Baca: [VIDEO] Staf Klinik Mengamuk Dekat Pelanggan Sampai Tendang Baby Stroller

Untitled Design 2022 06 13T154236.544

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.