Kalau korang perasan, baru-baru ni viral di media sosial akan tindakan seorang ibu yang mekapkan mata anaknya jadi hitam gara-gara anak tersebut selalu main handphone.

Rata-rata netizen yang membaca posting ni memang sokong tindakan ibu tersebut kerana sedikit sebanyak ia memberi pengajaran kepada anak kecil supaya jangan main handphone terlalu lama. Ada yang sampai nak cuba prank ni ke anak sendiri!
Tapi agak mengejutkan kerana tup-tup tak lama lepas tu, posting si ibu telah dipadam Facebook gara-gara dikatakan melanggar community standards laman sosial tersebut. Eh kenapa pulak ni?
“Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula”
Menurut Facebook Public Health Malaysia, tindakan ibu tersebut melakukan prank terbabit boleh menyebabkan trauma dan parut psikologi kepada anaknya.
Lebih serius, perkara ini katanya dapat beri kesan trauma kekal kepada memori anak pada jangka masa yang agak panjang! Eh, min ingat benda ni main-main je sebenarnya! Ini penjelasan lanjutnya…

“Kanak-kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi…”

“Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah…?”

“Bagi saya hukuman ke anak-anak tu terpulang pada ibu bapa sendiri, mereka lagi arif tentang anak-anak mereka”
Posting tersebut mendapat komen bercampur baur daripada netizen yang ada merasakan prank tersebut agak keterlaluan dan ada pula menganggap ibu bapa ada hak untuk memberi apa-apa hukuman kepada anak mereka kerana mereka lebih arif.
Pada hemat admin, terpulanglah kepada ibu bapa sendiri dalam mencorakkan anak masing-masing tapi kalau boleh hukuman terhadap anak-anak ini eloklah jangan kita viralkan. Kesan trauma daripada viral ni lagi teruk tau.

Bukan senang nak jadi ibu bapa ni ye? Salah sikit mesti ada yang kecam!