Ayat rukyah digunakan dalam rawatan Islam bagi mengelakkan diri daripada diganggu syaitan ataupun jin. Inisiatif tersebut selalunya digunakan oleh perawat Islam untuk menyembuhkan pesakitnya.
Namun baru-baru ini, tular di media sosial satu video mengenai kertas rukyah untuk rawatan Islam. Video yang dikongsi oleh @zua_al_azmi di X telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Saiz kertas kecil, kena rendam dulu dalam air
Kertas rukyah itu dijual oleh akaun TikTok @quranfi_ dalam satu peket kecil yang berisi sebuku kertas rukyah. Kertas yang bersaiz kecil itu memudahkan penggunanya untuk merendam terlebih dahulu kertas tersebut dalam segelas air. Setelah direndam, air di dalam gelas itu juga telah berubah warna dakwat tulisan tersebut.
Artikel berkaitan: “Sampai K.O” – Perawat Bertinju Dengan Pesakit, Rawatan ‘Rare’ Buang Sihir
Artikel berkaitan: “Ibu cuba pecah belahkan adik beradik” – Netizen Keliru Fathia Luah Pasal Siapa, Harap Dapat Rawatan Segera
Dalam video lain, ada individu merendam kertas rukyah itu di dalam air untuk sauna dan ada juga yang merendamnya dalam segelas teh atau susu untuk menjadikannya air rukyah. Selain itu, akaun berkenaan juga ada menjual beberapa peket jenis ayat quran yang lain seperti Surah Al-Baqarah, Surah Yasin, ayat Syifa dan lain-lain.
Pengguna TikTok itu juga menunjukkan beberapa bahan yang digunakan untuk membuat kertas itu antaranya adalah kanji kentang, air, minyak sayur dan sebagainya.
@quranfi_ All our new Quranfi ruqyah paper packages! Link in bio to purchase!
Netizen bingung tengok kertas tu
Walau bagaimanapun, ramai netizen di X berkongsi pendapat masing-masing dan keliru dengan tindakan yang dibuat oleh penjual tersebut. Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak yang lebih pakar.
Min pun bingung tengok..
Sumber: TikTok