in

Yana Najib Lahirkan Anak Perempuan, Minta Sesiapa Sampaikan Berita Kepada Bapa di Penjara Kajang

najib razak dapat cucu perempuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak perempuan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa telah selamat melahirkan bayi perempuan pada Rabu lepas.

Dia yang juga mesra dikenali sebagai Yana Najib telah memuat naik tentang berita itu di Instagram dan memaklumkan bahawa bayi perempuan itu dinamakan Amelia Rahah Daniyar.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by yananajib (@yananajib)

Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada ALLAH SWT, kami sekeluarga telah menyambut kelahiran anak ketiga kami pada hari yang penuh dengan nostalgia.

“Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku nak bagi tau atoknya, ‘Saya tak nak awak susah hati hari ni’. Kami sentiasa berdoa agar ALLAH segera menyatukan kami,” katanya di dalam posting itu.

“DSN belum tahu berita ini” 

Dalam pada itu, menerusi Instagram rasmi Najib Razak, admin akaun itu juga meminta bantuan supaya berita itu disampaikan kepada bekas PM berkenaan yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Najib Razak (@najib_razak)

DSN belum tahu berita ini.

“Tidak ada caranya nak bagi tahu dalam masa terdekat juga. 

“Jika ada sesiapa yang baca ini dari Kajang yang sudi dan boleh bantu sampaikan berita ini, amat menghargainya dan berterima kasih,” katanya.

Terdahulu, Yana telah mendirikan rumah tangga dengan Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 2015 lalu. Yana juga terdahulu telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Adam Razak dan Aidan Najib.

Baca: “Tikar sejadah menjadi teman” – Najib Razak Nukilkan Sebuah Puisi Lepas Setahun Dalam Penjara

setahun najib razak penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.