Pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, bakal mengenakan tindakan saman sebanyak RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berikutan dengan satu dakwaan kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.
Menerusi Instagram milik Syamsul malam tadi, pengarah dan pelakon Munafik itu menyatakan bahawa Jawi memberikan maklumat tidak benar kepada ahli keluarganya.
“Perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu.”
https://www.instagram.com/p/CmeNk7spTuO/
Tambah Syamsul, cukuplah dia berkongsi sebab untuk mengambil tindakan saman itu dan selebihnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Difahamkan, rumahtangga Syamsul dengan isterinya pelakon Puteri Sarah, 37 kini dalam pergolakan atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali sebagai Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangga mereka.
Baca : “Soroklah selagi boleh sorok” – Puteri Sarah Bagi Klu Ira Kazar Dah Kahwini Syamsul Yusof?