Rasanya semua dah kenal Siti Kasim, peguam bersuara lantang dalam membangkitkan beberapa isu berkaitan wanita dan agama.
Kali ini nama Siti Kasim jadi sebutan lagi selepas beliau memuat naik status di Facebook yang membangkang tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan perkataan ‘Takwim’ dalam website mereka.
“WTF IS TAKWIM? IS THIS BM? WHAT’S WRONG WITH JADUAL?”
Siti Kassim melalui postingnya mempertikaikan penggunaan perkataan ‘Takwim’ yang juga sama maksud dengan ‘jadual’. Katanya, apa salah kalau guna perkataan jadual kerana takwim tu bukan berasal daripada Bahasa Melayu.

“Kak Siti, saya dah nampak kita guna perkataan takwim ni sejak 40 tahun lepas…”
Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen nampaknya tak berapa bersetuju dengan pandangan Siti Kasim ni sebab kata mereka, perkataan ‘Takwim’ ni telah diguna pakai sejak 40 tahun lepas lagi atau lebih.
Setahu adminlah, sejak dari masuk sekolah rendah lagi (tahun 90-an), kita memang dah pakai perkataan takwim ni. Tak ada pulak sesiapa yang membangkang atau kata apa-apa pada masa tu.

Rupanya takwim dan jadual berasal daripada perkataan Arab?
Bagi mereka yang tak tahu, perkataan dalam Bahasa Melayu ni banyak dipinjam daripada bahasa luar dan antara yang paling banyak ialah daripada Bahasa Arab disebabkan budaya dan asimilasi.
Menerusi perkongsian seorang netizen di Facebook, perkataan ‘takwim’ ini bermaksud kalendar atau almanac. Manakala perkataan ‘jadual’ pula bermaksud schedule atau chart.
Lebih mengejutkan, kedua-dua perkataan ini rupanya datang daripada Bahasa Arab!
https://www.facebook.com/505988350/posts/10157609924498351/
Kadang ada satu jenis golongan ni suka triggered tak tentu fasal bila ada hal kait mengait dengan arab/Islam.
Masa tu lah dia ajak kita guna bahasa melayu lah, jati diri nusantara lah.
Tapi bila orang tiru budaya barat, dia tutup mata.
'Jadual' pun kalimah arab sebenarnya. pic.twitter.com/vbJqiMWKLf
— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) October 9, 2019
Jadi korang lagi selesa pakai takwim ke jadual? Min mana-mana pun tak kisah sebab kedua-duanya dari BM jugakkan?