in

Wow! Sebab Nak Jadi ‘Sultan’ Dalam PUBG, Remaja Ini Songlap RM 90,000 Duit Mak Ayah

Pubg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana ketagihan bermain permainan atas talian, seorang remaja lelaki dari Punjab, India sanggup menyonglap duit ibu bapanya sebanyak RS 1,600,000 (anggaran RM 91,917) untuk aplikasi permainan battle royale yang popular, PUBG Mobile.

Menurut sumber, budak berusia 17 tahun itu menghabiskan wang daripada akaun ibu bapanya untuk membeli skin, Royale Pass, dan lain-lain. Dan sebenarnya, wang itu diasingkan sebagai simpanan untuk perbelanjaan perubatan ayahnya.


Mereka tidak sedar kerana budak lelaki itu memberitahu ibu bapanya bahawa dia menggunakan telefon pintar untuk belajar dalam talian semasa kuarantin. Transaksi besar ini berlaku dalam dalam jangka masa sebulan dan sebenarnya memudahkan pemuda itu kerana maklumat bank disimpan di telefon pintar.

Pubg Mobile Playing

Ibu bapa budak lelaki itu mendedahkan perbuatan anaknya itu selepas mendapat maklumat daripada bank. Budak lelaki itu turut memadam mesej transaksi bank di telefon pintar dan sering memindahkan wang antara dua akaun untuk mengelakkan akaun daripada kosong.

Untuk memberi pengajaran kepada budak lelaki itu, si ayah memaksa anaknya bekerja di bengkel skuter.

“Saya tidak memberikannya telefon bimbit walaupun sebab untuk belajar dan tidak ingin dia duduk di rumah sahaja. Dia kini bekerja di sebuah bengkel skuter dan menyedari betapa sukarnya untuk mendapatkan wang.” 

Sumber pendapatan utama PUBG Mobile adalah pembelian dalam aplikasi di mana pengguna membayar Unknown Cash (UC) untuk membeli pelbagai jenis barangan.

 

Baca: 59 Aplikasi China Di Ban Oleh India, Tapi Kenapa PUBG Terlepas? Ini Sebabnya

Capture 11

Sumber: News 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.