in

Wisma Putra Sahkan 2 Rakyat Malaysia Cedera Dalam Kejadian Bas Pelancong Terbabas Ke Dalam Tasik Di Norway

Wisma Putra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua orang rakyat Malaysia dilaporkan telah mengalami kecederaan setelah bas yang dinaiki mereka telah terbabas ke dalam tasik di negara Norway baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, dalam kejadian pada hari Khamis lalu itu, bas pelancong tersebut telah mengalami kemalangan berhampiran Tasik Asvatnet dan dua orang Malaysia yang terbabit itu telah cedera ringan.


Kedua-dua mereka difahamkan telah ditempatkan di Hotel Thon di Lofoten.

8 6

Artikel berkaitan: 7 Maut Dalam Nahas 3 Kenderaan, Tayar Lori Tercabut Jadi Punca Kemalangan

Artikel berkaitan : Nahas 3 Kenderaan Di Ayer Keroh: Ibu Bapa Sempat Buat Sambutan Hari Lahir Untuk 3 Anak Secara Serentak

Selain rakyat Malaysia, dalam kejadian tersebut, penumpang-penumpang bas itu terdiri daripada pelancong asing dari ngeara Perancis, Belanda, Singapura, China, India, Ukraine dan Sudan Selatan.

9 3

Menurut laporan, bas terbabas kerana kejadian berlaku ketika cuaca buruk iaitu angin kencang dan salji yang tebal.

Keadaan cuaca buruk itu kemudiannya telah menyebabkan bas hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tasik.

Kejadian tersebut juga telah menyebabkan tiga orang mangsa maut manakala empat lagi parah.

Terdahulu, media melaporkan bahawa terdapat empat orang rakyat Malaysia yang terbabit dan cedera ringan dalam kemalangan tersebut namun Wisma Putra mengesahkan bahawa terdapat salah faham tentang jumlah rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan itu berikutan dua orang rakyat Malaysia yang turut tinggal di hotel itu namun mereka tidak berkait dengan kemalangan tersebut, lapor Berita Harian.

Sumber: Berita Harian, Berita Harian

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.