in

Willie Myrick: Kanak-Kanak Yang Terselamat Lepas Penculik ‘Fed Up’ 3 Jam Dengar Nyanyian Lagu Ketuhanan

f2 abducteddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan kes penculikan yang berlaku tak kira lah di Malaysia atau di luar negara selalunya berakhir dengan kesedihan sebab mangsa tak dijumpai sampai sekarang atau hanya dijumpai setelah meninggal dunia.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang kanak-kanak di Atlanta, Amerika Syarikat pada 2014 apabila dia dibebaskan oleh penculiknya setelah suspek dikatakan bengang terpaksa mendengar nyanyian lagu ketuhanan kanak-kanak itu!


 

willie 2

Menurut Mail Online, Willie Myrick yang pada ketika itu berusia 10 tahun telah diculik oleh seorang lelaki setelah diumpan dengan duit.

Dia kemudiannya telah ditarik masuk ke dalam kereta si penculik. Setelah itu, lelaki berkenaan memandu kereta tanpa arah tujuan selama tiga jam.

Namun, dalam tempoh tersebut, Willie telah menyanyikan lagu ketuhanan yang bertajuk ‘Every Praise’ tanpa henti sehingga menyebabkan penculik agak menyampah dan fed up dengannya.

Willie menceritakan pengalamannya setelah terselamat bahawa lelaki itu banyak kali meyumpah seranah dirinya dan menyuruhnya diam ketika Willie menyanyikan lagu tersebut.

Mungkin sebab terlalu bengang, penculik berkenaan kemudiannya memberhentikan kereta dan menghalaunya keluar dari kenderaan.

Penculik itu turut memberi amaran kepada Willie agar dia terus beredar dari tempat itu dan tidak memberitahu orang lain tentang kejadian terbabit.

Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada si penculik itu kini telah ditangkap atau pun belum kerana pada 2014, berita tempatan di sana melaporkan bahawa dia masih lagi belum dijejaki.

Kejadian ini telah mencetus pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang berpendapat ia agak lucu kerana dia berjaya selamatkan diri dengan cara yang tak pernah dibuat orang.

https://www.instagram.com/p/CY-zaU0o4Vn/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Namun, ada juga yang mempersoalkan mengapa penculik itu yang tidak menutup mulut kanak-kanak itu dengan tape atau kain seperti yang kita selalu lihat dalam drama.

Nasib baik jugak dia tak tutup mulut, kalau tak, tak tahu la apa jadi dengan budak ni time tu.  Apa-apa pun, budak ni memang pantas bertindak dengan genius untuk selamatkan diri. 

Sumber: Mail Online

Baca: 2 Tahun Diculik Parents Sendiri, Polis Terkejut Jumpa Budak Masih Hidup Disembunyi Belakang Tangga 

willie 1

Sumber: Mail Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.