in

WhatsApp Bakal Boleh Tambah Ahli Sehingga 1,024 Dalam ‘Group Chat’

ewre

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

WhatsApp merupakan aplikasi yang telah menjadi sinonim kepada rakyat Malaysia dimana rata-rata daripada kita lebih gemar untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui aplikasi permesejan secara atas talian.

Tidak kira sama ada dalam urusan penting ataupun tidak penting, kita lebih selesa untuk menggunakan platform tersebut tambahan pula ia adalah percuma dan sangat efisien dalam proses penghantaran sebarang mesej seperti gambar dan video.


Tapi korang tahu tak, sebenarnya WhatsApp akan menambah baik ciri dalam platform tersebut?

WhatsApp bakal boleh tambah ahli sehingga 1,024 dalam ‘group chat’

Baru-baru ini, WhatsApp mengumumkan bahawa platform tersebut bakal meningkatkan had jumlah ahli mesej berkumpulan kepada 1,024 berbanding sebelum ini yang dihadkan seramai 512 ahli sahaja.

Menurut Awani, beberapa pengguna aplikasi WhatsApp versi beta akan mendapat akses kepada ciri tersebut bermula minggu ini tidak kira Android mahupun iOS. Turut difahamkan juga bahawa semua pengguna bakal mendapat akses kepada ciri baru tersebut dalam masa terdekat.

Screenshot 2022 10 12 at 1.12.31 PM

Melalui ciri baru tersebut, WhatsApp turut sedang beberapa ciri baru untuk memberi admin dalam kumpulan tersebut lebih banyak pilihan untuk mengawal kumpulan besar, termasuk membina sistem kelulusan (approval) kepada ahli baru.

Sebelum ini, WhatsApp meningkatkan had daripada 256 ahli kepada 512 dalam satu group chat dan membenarkan pengguna berkongsi fail sebesar 2GB.

Wah lepasni bolehlah membawang lebih ramai lagi!

Baca: Wanita Kongsi Pengalaman Nikahi Lelaki Sembunyi Penyakit OCD, Dicerai Lepas 8 Hari Bernikah Melalui WhatsApp

Screenshot 2022 10 12 at 1.10.11 PM

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.