in

Welcome Back Tun!

Tun M 1
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penantian yang sangat lama! Tapi berbaloi kan? Selepas rakyat membuat undian dan dua kali upacara angkat sumpah ditangguh,

Tun Dr Mahathir akhirnya sah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7!


Tun M 1
sumber: twitter

Upacara itu berlangsung di Istana Negara pada jam 9.30 malam sebentar tadi di hadapan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Turut kelihatan, Datuk Seri Wan Azizah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mat Sabu.

Terdahulu, Tun melalui satu sidang media akui bahawa beliau dan pentadbirannya tidak akan membalas dendam kepada kepimpinan kerajaan UMNO-BN. Beliau turut berkata,

“Kami tidak mahu membalas dendam, kami hanya mahu memulihkan kedaulatan undang-undang negara.”

Selain berjanji mahu pulihkan kedaulatan undang-undang Malaysia, antara perkara yang paling menarik perhatian rakyat adalah janji Tun bahawa beliau dan kerajaan baru pimpinannya akan mansuhkan GST dalam masa 100 hari pentadbirannya. YAASSSSS!

Excited Chris Hemsworth Gif

Menurut Tun, kerajaan baru akan kembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum ini.

Kita tidak perlukan cukai GST. Kita akan kembali ke SST.”

Pada masa yang sama, Mahathir juga berkata HARAPAN akan berusaha mendapatkan pengampunan DiRaja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibebaskan pada bulan depan.

“Kami akan mengusahakan pengampunan DiRaja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas beliau mendapat pengampunan, beliau layak menjadi perdana menteri sekali lagi tetapi beliau terpaksa bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi perdana menteri atau sekurang-kurangnya seorang senator,” kata Mahathir.

Tun Tun
sumber: wob

WELCOME BACK! RAKYAT SAYANGKAN TUN!

Baca: [TONTON SINI!] Tun M Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.