Apabila memandu di jalan raya, kadang kala ada masanya kita akan bertembung dengan kenderaan kecemasan seperti bomba atau ambulans.
Terbaru, seorang individu lelaki mendapat pujian daripada netizen apabila dia mempamerkan tindakan yang berani dengan membantu memberikan laluan untuk sebuah jentera bomba yang sedang dalam kecemasan.
Artikel berkaitan: “Tahniah doktor!” – Doktor Malaysia Rawat Pesakit Kecemasan Dalam Pesawat Ke Doha Raih Pujian Netizen
Artikel berkaitan: “Sensitif tapi penting” – Bomba Saran Orang Ramai Kenakan Pakaian Renang Yang Betul
https://www.tiktok.com/@eklinamit_/video/7326851772054588679?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698
Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan turun daripada motosikalnya dan membantu mengarahkan kenderaan lain untuk memberikan laluan kepada kenderaan bomba itu.
Video yang dikongsikan oleh @eklinamit_ di TikTok yang berdurasi seminit itu mendapat perhatian netizen, menjengah ke ruangan komen ada yang berkata individu dikenali sebagai Sazaril itu merupakan seorang anggota polis trafik namun informasi itu tidak dapat disahkan.
“Aku sebak pulak tengok video ni”
Tindakan abang itu sudah pastinya telah memudahkan kerja-kerja kecemasan, selain berasa kagum dengan tindakan abang itu netizen turut meluahkan rasa sebak selepas menonton video pendek itu.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun menerima lebih 2 juta tontonan serta lebih 7k komen.
Semoga abang ini dipermudahkan urusan sentiasa!
Sumber: TikTok