Satu video tular di TIkTok telah mencuit hati para netizen yang melihatnya, bahkan ada yang terkejut apabila mengetahui seorang penpengaruh ini merupakan seorang wartawan.
Video yang telah meraih lebih 500K jumlah tontonan dalam masa 5 jam ia muat naik itu memperlihatkan wartawan tersebut sedang membuat lintas langsung di Jalan Masjid India untuk melaporkan insiden tanah jerlus baru-baru ini.
Artikel berkaitan : “Dia menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap” -Suami Mangsa Tertimbus
Artikel berkaitan : Tanah Runtuh Batang Kali: NADMA Guna Alat ‘Ground Penetrating Radar’ Untuk Mengesan 9 Mangsa Tertimbus
Ketika wartawan daripada TV Al-Hijrah itu sedang khusyuk membuat liputan, lampu di hadapannya tiba-tiba terpadam, namun menariknya wartawan yang dikenali sebagai Abdurrahman Kunyu ini tetap meneruskan tugasannya.
@rahmankayy lampu pon dah terpadam.. disarankanan sambung jelaa apa nak cakap.
Menjengah ke ruangan komen, selain daripada ramai netizen terhibur, ramai juga yang terkejut apabila mendapat tahu yang pempengaruh ini rupanya bertugas sebagai wartawan, bahkan ada yang mengingati semula penampilannya yang suka memakai filter rambut panjang ketika membuat laporan.
Min pun rasa tunggu dia cakap ‘disarankan’ masa buat liputan tu.
Sumber : TikTok