in

“Warga tempatan kena mohon permit” – Rakyat Malaysia Bengang Tengok ‘Tourist’ Busking Dekat KL

ft busker KL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan setiap negara pasti berdepan dengan masalah dikunjungi oleh backpacker dari luar negara dan Malaysia juga tidak terkecuali dengan situasi ini.

Sebelum ini, timbul isu di mana golongan ini ditangkap cuba ‘mengemis’ di tempat awam kerana mengalami masalah kewangan, namun kali ini lain pula jadinya.


Satu video tular yang telah meraih lebih 200K jumlah tontonan dalam masa 3 hari memperlihatkan 2 warga asing sedang busking untuk mendapatkan sumbangan orang awam. Ia telah menimbulkan persoalan dan pertikaian daripada pemilik video ini.

Artikel berkaitan : “Sumbang Bunyinya!”- Penonton Tak Tahan Gelak Bila Gitaris Busker Main Belasah Chord Lagu

Artikel berkaitan : Individu Boleh Kena Denda RM300 Jika Beri Wang Kepada Pengemis & ‘Busker’ Di Indonesia!

Menurutnya, jika warga tempatan ingin melakukan busking di tempat awam, mereka perlu mendapatkan permit tetapi bagi warga asing ini, pemilik video mendakwa dua individu tersebut boleh melakukannya dengan sesuka hati tanpa memohon sebarang permit.

@azmi.atan4

♬ original sound – azmi atan ( atok belon) – azmi atan ( atok belon)

“Pelancong asing busking depan Mynews Bukit Bintang, warga tempatan kena mohon permit baru boleh busking, macam mana nak kira ni?”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut sama meluahkan rasa bengang dan mempertikaikan jika kita berada di negara mereka pastinya kita akan ditangkap dengan pantas.

Screenshot 2025 01 06 121759 Screenshot 2025 01 06 121826

Harap pihak berkuasa dapat bendung sebelum gejala sebegini pula makin menular. 

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.