in

Warga Singapura Berani Tutup Plat Kereta Guna Pita Hitam, Isi RON95 Depan Orang Ramai

plat kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang pemandu kenderaan berdaftar Singapura menutup sebahagian plat kereta menggunakan pita hitam ketika mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Johor mencetuskan kemarahan netizen selepas dirakam dan tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi kira-kira satu minit setengah itu memaparkan seorang lelaki tempatan menegur perbuatan pemandu terbabit yang menampal pita hitam pada bahagian awal dan hujung nombor plat kenderaan.


Lelaki itu dipercayai melakukan perkara tersebut bagi mengelirukan pihak berkuasa dan menjadikannya kelihatan seperti kenderaan tempatan.

plat kereta
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang warga Singapura menutup plat kereta dengan pita hitam untuk mengisi minyak bersubsidi

Artikel berkaitan: Penyanyi Korea Selatan, Rain Hentikan Seketika Persembahan Di Singapura Kerana Penonton ‘Kaku’

Artikel berkaitan: Lelaki Cuba Peluk Ariana Grande Di Singapura Kena Penjara 9 Hari

Pemilik rakaman mendakwa perbuatan tersebut mungkin satu helah untuk mengelak dikesan ketika menggunakan petrol bersubsidi yang hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia.

Ketika ditegur, pemandu berkenaan menafikan dirinya warga Singapura dan mendakwa sebagai rakyat tempatan, sebelum dilihat cuba beredar dari lokasi berkenaan dengan tergesa-gesa.

Susulan penularan video itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo memaklumkan pihaknya telah menerima aduan dan siasatan sedang dijalankan.

Menurut beliau, laporan telah dimasukkan ke dalam sistem dan pasukan penguat kuasa sudah digerakkan bagi menjalankan pemeriksaan serta siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihak polis akan mengambil tindakan saman sekiranya plat kereta berkenaan didapati menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Sumber: Malaysia Gazette 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.