in

Warga Rohingya Jelaskan Bukan Nak Buat ‘Kacau’ Di Malaysia, Hanya Mahu Kerja

Rohingya Video 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, kita banyak mendengar kes-kes yang melibatkan warga asing terutamanya etnik kaum Rohingnya dari Myanmar, yang telah mula bertapak di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Setakat ini, difahamkan kira-kira 200,000 orang Rohingnya ada di Malaysia.

Ada yang kurang senang dengan mereka ini kerana ada sesetengah dari mereka bertindak agresif dalam meminta derma malah ada antara mereka yang turut berlagak samseng seperti yang tular baru-baru ini.


Namun begitu, seorang warga Rohingnya telah mengeluarkan sebuah video yang memberitahu tujuan sebenar mereka bertapak di Malaysia ini.

“Kami pendatang, pelarian, sebenarnya kami datang sini bukan sebab kami suka. Sebab kampung kami ada masalah, kami lari ke sini, terpaksa,” kata individu tersebut.

Individu berkenaan menidakkan kata-kata orang ramai yang mendakwa kelompok mereka ini datang untuk buat kacau dan mengganggu ketenteraman orang tempatan.

Sebaliknya, individu tersebut berkata kaumnya berhijrah ke Malaysia sebagai salah satu bentuk usaha dalam mencari rezeki bagi melangsungkan kehidupan.

Difahamkan, video berkenaan dimuat naik olehnya sebagai respon kepada seorang individu yang bergelar ustaz yang lantang dalam menyuarakan hal-hal berkenaan kaum Rohingnya.

Baca: Perkampungan Haram Rohingya Di Melaka ‘Ghaib’ Secara Misteri Dalam Satu Serbuan

Cats 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.