Warga Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk dirawat di negara ini dilaporkan membuat kekecohan lagi di Wisma Transit Kuala Lumpur petang semalam, lapor Berita RTM.
Insiden kekecohan oleh warga Palestin itu telah disahkan berlaku oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekitar jam 5 petang Sabtu semalam.
Difahamkan, ada antara mereka yang mengamuk sehingga ada yang membakar beberapa peralatan perabot di wisma itu.
Turut tular di media sosial video yang memaparkan ada beberapa warga negara itu yang merosakkan peralatan di bangunan tersebut.
Artikel Berkaitan: “Pecahkan pasu, baling selipar” – Warga Palestin Mengamuk, Buat Kecoh di Wisma Transit?
Artikel Berkaitan: “Ia tidak mencerminkan tingkah laku rakyat Palestin secara umum”- Isu Warga Palestin Buat Kecoh Di Wisma Transit Telah Diselesaikan
Menurut pihak ATM, kekecohan itu berlaku kerana warga-warga Palestin itu menggesa agar proses untuk mereka pulang semula ke negara mereka dipercepatkan.
Susulan kejadian tersebut, pihak ATM difahamkan telah berbincang dengan warga-warga Palestin di situ dan akhirnya situasi berjaya dikawal dan kesemua mereka bersurai.
Sebelum ini, sekitar bulan Oktober tahun lalu, warga Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit KL telah pernah membuat kekecohan sehingga ada pasu yang pecah dan selipar juga turut dibaling, lapor Sinar Harian.
Sumber: Berita RTM