in

Warga Emas Uzur Terlantar Tinggal Sendirian, Dikelilingi Sampah Sejak 30 Tahun Lalu

Page2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang pastinya ingin menghabiskan usia tua di dalam rumah dan persekitaran yang selesa dan tenang. Namun, bukan semua dapat mengecapi impian itu.

Terbaru, menurut Utusan, seorang warga emas yang uzur terlantar telah tinggal sendirian di dalam rumah usang yang dipenuhi sampah sejak 30 tahun yang lalu di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang.


Sampah2
sumber: utusan

Abdul Moulud Hussin, 70, yang telah bercerai dengan bekas isterinya berpuluh tahun lalu, mengaku tidak lagi mampu untuk menguruskan rumah sendirian dan menyebabkan rumahnya semakin ditimbuni sampah sarap.

Dulu saya sibuk cari rezeki dari pagi sampai malam. Kini, apabila terlantar, saya tidak larat.”

Menurut Harian Metro, Moulud yang sebelum ini pernah bekerja dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menyara diri dengan berniaga kelapa dan anak benih sayuran secara kecil-kecilan selepas berhenti kerja.

“Bagi menyara hidup, setiap hari saya berulang sejauh 2 kilometer dengan motosikal untuk berniaga dengan pendapatan sehari tidak menentu antara RM20 hingga RM30 sehari kadangkala langsung tiada.”

Tambahnya lagi, dia mempunyai tiga orang anak, namun, hanya anak sulungnya yang sudah berumah tangga datang menjenguk setiap hari dan menguruskan segala keperluannya.

Sampah1
sumber: harian metro

M. Azren, 45, anak lelaki Moulud berkata dia pernah mencadangkan untuk mengemas rumah bapanya itu. Walau bagaimanapun, Moulud enggan barang yang ada dirumahnya dialihkan hingga lama-kelamaan menjadi timbunan sampah.

Bukan saya tak mahu membawa ayah menetap bersama, tetapi saya sudah berkeluarga dan tinggal bersama ibu mertua di Kampung Paya.”

Sampah sarap dan barangan tidak terpakai yang menimbun di rumahnya adalah termasuk plastik, akhbar lama, botol plastik, tilam dan bantal buruk, meja uzur dan pakaian.

Sampah3
sumber: harian metro

Tambah Azren lagi setiap hari selepas kerja dia akan datang menjenguk ayahnya walaupun seharian penat bekerja sebagai tukang potong rumput di Nilai, Negeri Sembilan. Katanya dia bersyukur kerana isterinya memahami situasi yang dihadapi.

Sementara itu, Azren turut memberitahu bahawa dia telah banyak kali memujuk ayahnya untuk ke hospital dan sehingga kini masih berdegil kerana katanya sepanjang hidup dia tidak pernah ke hospital.

Sampah4
sumber: harian metro

Difahamkan Pengerusi Gagasan Prihatin Semenyeh (GPS), Azman Ahmad akan membantu Moulud untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk bantuan bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) serta akan memujuknya untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Aduhai… Kesiannya dia. Harap dia akan bersetuju untuk ke hospital.

Baca: Geli! Lelaki Murung Tak Basuh Baju Sejak 5 Tahun Lalu Kerana Ditinggalkan Isteri, Anak

Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.