in

Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Ambulans Sebab Tak Lepas Pagar, Individu Pegang Kunci ‘Lesap’

Ft Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas dari Lawas, Miri, Sarawak meninggal dunia semasa berada di dalam ambulans akibat serangan jantung.

Menurut The Borneo Post, ambulans yang membawa wanita tersebut, sepatutnya mereka perlu hantar pesakit itu ke Hospital Miri tapi tidak dapat melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, Miri kerana pagar tidak dibuka.


 

Orang pegang kunci tak ada, tak dapat buka pagar, mangsa meninggal dunia dalam ambulans

Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Selasa lepas, Pastor Billy John dari gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) di Ulu Gelugus, Lawas yang mengiringi wanita tersebut mengatakan, kira-kira jam 1.30 pagi, tiada sesiapa pun di pintu pagar saat ambulans tiba di kompleks tersebut.

“Pemandu ambulans membunyikan hon tetapi pengawal keselamatan berkata individu yang memegang kunci tiada pada masa kejadian, justeru pintu pagar tidak dapat dibuka.”

Tambah Billy yang juga anak saudara wanita berkenaan, dia menyatakan yang warga emas itu mempunyai masalah jantung.

316419016 6009470532432935 5438337996762726129 N

“Malam itu, dia mengadu sesak nafas. Saya segera menghubungi Hospital Lawas, meminta bantuan ambulans.”

“Sepanjang perjalanan dari Lawas, paramedik melakukan CPR (Resusitasi Kardiopulmonari) ke atasnya beberapa kali dan dia kelihatan baik-baik sahaja, tetapi di ICQS (Sungai Tujuh, Miri) kami terpaksa menunggu pengawal keselamatan untuk mendapatkan pembawa kunci berkenaan yang tidak muncul-muncul.”

Mangsa kemudian menghembuskan nafas terakhirnya pada waktu tersebut. Kata Billy, mereka mendapatkan bantuan RELA untuk memecahkan pintu pagar itu sebelum tiba di hospital kira-kira jam 3 pagi. Berikutan dengan kejadian tersebut, Billy menyatakan bahawa dia akan membuat laporan polis.

Bakal berjumpa dengan pegawai imigresen – Ahli Parlimen Miri

Kejadian itu tular di media sosial bersertakan gambar yang menunjukkan wanita tersebut berada di dalam ambulans.

Terpanggil dengan isu terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan Baru Bian berkata ini sememangnya satu kejadian yang amat menyayat hati.

“Pegawai atau orang yang membawa pulang kunci itu benar-benar tidak bertanggungjawab kerana beliau sepatutnya tahu kes kecemasan seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa.”

“SOP (prosedur operasi standard) yang jelas mesti ada untuk memastikan perkara ini tidak berulang.”

“Insiden ini menguatkan keperluan untuk Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) dipercepatkan supaya sekiranya berlaku kecemasan, kita tidak tertakluk kepada budi bicara pihak ketiga.”

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man ketika dihubungi berkata, beliau kini sedang mengesahkan kejadian terbabit dengan pihak hospital dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kami kemudiannya akan berjumpa dengan pegawai imigresen kerana saya percaya urusan sempadan terletak di bawah bidang kuasa jabatan itu.

“Saya akan memberitahu anda semula jika terdapat sebarang maklumat terkini mengenai kejadian ini.”

Baca : “Menyusahkan orang” –  Ambulans Terpaksa Usung Pesakit Dari Tempat Parking Sebab Laluan Dihalang Viva

Ft Laluan Ambulans Di Halang

Sumber: Borneo Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.