in

Warga Asing Jual Jagung Bakar Depan KLCC Undang Persoalan, Mana Pihak Berwajib?

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peniaga kecil-kecilan kebiasaannya membuka perniagaan mereka di pinggir jalan yang dilalui oleh orang ramai. Sesetengah kawasan memerlukan peniaga untuk memohon lesen perniagaan daripada pihak berwajib, namun ada juga yang dibenarkan berniaga selagi tidak mengganggu lalu lintas penduduk di situ.

Namun, bagaimana pula jika warga asing berniaga di kawasan pelancongan seperti di mercu tanda Kuala Lumpur, KLCC?


Warga asing berniaga jagung bakar

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Sarah ada berkongsikan sebuah video yang memaparkan seorang warga asing memacak gerai jagung bakar di laluan pejalan kaki berhadapan Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Menerusi video tersebut, peniaga itu dilihat memacak meja kecil di laluan pelintas jalan kaki dan bersebelahan dengan petak bas berhenti untuk menurunkan penumpang. Turut kelihatan asap dari gerai itu yang dikatakan mengganggu pejalan kaki.

@biniabgtanjak

Replying to @❁jîdå $äûpî❁Bestproduk༻♡༺⋆ tukaq tempat pula. Sana sini pula haha. Berasap tudung aku oi #fypシ #penjajatepijalan #penjajakualalumpur #peniagajalanan #klcc #avenueK #klcc_malaysia

♬ Makeba (Ian Asher Remix) – Jain & Ian Asher

Video ini ternyata mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mempersoalkan tahap penguatkuasaan pihak berwajib dalam menjalankan tugas. Jelas individu ini, peniaga itu bukan sahaja mengganggu lalu lintas, malah tahap kebersihan makanan juga diragui.

Menurut seorang individu lain pula, peniaga warga asing ini sebenarnya sudah lama berniaga di sekitar KLCC namun sering berpindah randah untuk mengelak daripada dicekup oleh pihak berkuasa.

Berniaga di lokasi berbeza

Selain itu, wanita ini turut mendedahkan ada peniaga lain memacak gerai di lokasi berbeza sekitar KLCC. Dalam video tersebut, dia mempersoalkan asap daripada gerai itu yang dilihat mengganggu pejalan kaki.

“Serius la korang kat sini boleh berjualan siap bakar asap banyak pula tu”, tulis wanita ini.

@biniabgtanjak

Dah macam pasar malam pula aku tengok 😂 @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh ka buat lagunie? #fypシ #penjajatepijalan #penjajakualalumpur #peniagajalanan #klcc #avenueK #klcc_malaysia

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

KLCC adalah mercu tanda Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Pihak berwajib seharusnya lebih tegas dalam menjalankan tugas dan tidak sewenang-wenangnya memberi izin kepada mana-mana pihak untuk mencemarkan imej negara kita.

Kredit: Sarah Abdullah

BACA: Pelancong Asing Mandi Di Kolam Air Pancut KLCC Ditahan Polis

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.