Amalan berwakaf merupakan perkara yang terpuji dan semestinya pahala akan berpanjangan selagi mana ia memberi manfaat kepada orang lain.
Beli make up remover untuk wakaf
Sebagai seorang wanita yang kebiasaannya memakai alat solek pada muka, pasti akan menggunakan make up remover yang dibeli dari kedai. Ada yang berbentuk cecair ataupun tisu.
Artikel berkaitan: “Mulia hatinya” – Tukang Cuci Jual Tanah, Wakafkan 2 Mesin Dialisis RM 80k
Artikel berkaitan: “Boleh buka peluang pekerjaan” – Imam Nafi Bina Hotel RM2.4 Juta Di Masjid Membazir
Salah satu cara yang dilakukan oleh seorang wanita di TikTok @dewirosliiiiiii, apabila dia telah membeli beberapa paket tisu make up remover dan turut mendapat sponsor minyak wangi untuk diwakafkan di surau awam dalam pusat beli belah.
Tisu make up remover itu diletakkan di dalam satu beg kertas dan dia turut menulis nota makluman bahawa tisu tersebut boleh sahaja digunakan.
Kena tulis wakaf.. kalau tak orang takut nak guna. ‘Wakaf for my sisters’. Small things yang bermakna.
Sampai sahaja di surau, dia menggantung minyak wangi di dalam almari telekung supaya sentiasa berbau segar dan wangi selain meletakkan beg kertas berisi make up remover di rak penyimpanan barang.
@dewirosliiiiiii Small things yang bermakna ❤️ tq @Szindore sponsor wakaf perfume ❤️❤️
Ajak buat baik sama-sama
Dalam video lain yang dimuat naik, dia melakukan kebaikan yang sama untuk surau awam yang terletak di KLCC. Berbeza dengan video sebelumnya, kali ini dia membeli kotak lutsinar untuk meletakkan barang untuk diwakafkan.
Hari ni Dewi beli kotak lutsinar.. so sesiapa yang nak wakaf boleh letak dekat sini juga. Sebab ramai dekat video sebelum ni komen terinspirasi, jadi jom kita mudahkan orang untuk sedekah.
@dewirosliiiiiii Replying to @firasabri today dewi beli box so that anyone nak sedekah boleh letak dekat dalam box ❤️
Meninjau ke ruanga komen, ramai netizen terharu melihat usaha wanita itu untuk bersedekah.
Allahu.. min pun rasa terinspirasi nak buat benda sama..
Sumber; TikTok