Seorang penghantar barang atau delivery rider di Thailand ini telah diupah bukan untuk menghantar makanan atau barang, sebaliknya dia diupah oleh seorang wanita untuk mendengar wanita tersebut menyanyi!
Menurut The Smart Local, penghantar makanan itu telah memuat naik video dirinya sedang mendengar seorang makcik menyanyikan lagu.
Dalam video yang dikongsikan di Facebook itu, lelaki tersebut juga dilihat memegang tiga keping wang sebanyak 20 Bath (kira-kira bersamaan dengan RM7.41).

Lelaki berkenaan berkongsi video berkenaan beserta kapsyen yang tertulis bahawa wanita berkenaan menawarkannya upah sebanyak 20 Bath untuk setiap lagu yang didengarinya.
https://www.facebook.com/tun.sparta/videos/1023818381646600/?t=0
Difahamkan, dia pada ketika itu telah mendengar sebanyak tiga lagu yang dinyanyikan oleh wanita berkenaan.

Ramai netizen Thailand berseloroh dengan mengatakan mereka juga sanggup mendengar wanita itu menyanyi sepanjang hari jika ada upah. Lagipun, kerja seperti ini lebih mudah berbanding kerja menghantar makanan kerana tidak memenatkan.

Best jugak kerja jadi rider delivery ni kan, macam-macam gelagat manusia kita boleh jumpa.
Sumber: The Smart Local, Facebook Tan Sparta
Baca: Ibu Tawar RM10 Sejam Bagi Sesiapa Yang Boleh Pastikan Anaknya Tak Tertidur Masa Ulang Kaji

