in

Wanita Terkilan Keluarga Suami Bawa Ex-GF Datang Majlis Nikah, Siap Ajak Bergambar

ft majlis0nikah keluarga suami bawa es gf datang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika sedang bercinta pastinya si buah hati akan bawa berjumpa dengan keluarga masing-masing, malah ada yang dah mula akrab seperti keluarga sendiri.

Namun, jodoh di tangan Tuhan, hubungan terputus dan secara tidak langsung ikatan dengan keluarga juga tidak dapat diteruskan. Tapi bila dah terlalu rapat, ada sesetengah keluarga masih berhubung dengan bekas kekasih biarpun hubungan dah putus sampaikan hilang rasa sensitiviti terhadap si pengganti pula.


Artikel Berkaitan : “Sedih bakal menantu tak jadi” – [VIDEO] Wanita Hadir Wedding Ex Anak Dipuji Ramai 

Artikel Berkaitan : Penipu Katering Majlis Kahwin Masih Belum Dikesan, Suami Pula Hilang

Rasa tak sensitif itu dibawa-bawa sampai ke majlis kahwin seorang wanita ini apabila keluarga kepada suaminya telah memanggil bekas kekasih suaminya itu hadir ke majlis akad nikah, menurut wanita ini bekas kekasihnya itu hadir dalam satu rombongan dengan keluarga suaminya.

Jelasnya, ketika mereka dah sah sebagai suami isteri, adik beradik kepada suaminya menolak untuk bergambar bersama. Lebih menyakitkan hati, adik-adiknya meminta wanita itu bergambar bersama suami dan ibu ayah mentua pula.

Terpaksa turutkan kehendak mereka, wanita ini hanya mampu senyum, namun semua berubah menjadi lebih buruk apabila ayah mentuanya mengeluarkan kata-kata yang dianggap agak melampau.

“Adik dia cakap kat girl tu “akak gambar lah sekali dengan abang dengan ibu ayah” i pun okay lah. Terpaksa senyum. And bila girl tu datang dekat ayah husband i boleh cakap “patutnya engko yang dalam gambar ni nak sebelah aqmal” hati i hancur gila sumpah.”

Menurut wanita ini, bekas kekasih suaminya itu sangat rapat dengan keluarganya sebelum ini sampaikan ke pakcik dan makcik suaminya sukakan wanita itu. Tahap rapat mereka itu sampaikan ibu bapa mentuanya ada pesan kepadanya agar tidak memutuskan hubungan keluarga dengan bekas kekasih suaminya itu.

“Dia bukan sekadar menantu tak jadi tapi dah anggap macam anak. I sedih gila. I rasa i buat keputusan yang salah kawin ni. Help. I tak tau nak buat apa. Sumpah mood i sanding pun hilang. I menantu diorang kot. Girl tu menantu tak jadi. I sedih.”

Luahan ini telah meraih lebih 5,200 jumlah perkongsian dalam masa sehari ia dikongsikan, ramai netizen geram dengan sikap keluarga suaminya ini dan ada juga yang turut mempersoalkan jika suaminya ada mainkan peranan atau tidak. Bagi mereka, adalah satu red flag jika suaminya itu hanya mendiamkan diri sahaja.

Dalam pada itu ada juga mempertikaikan dan mempersoalkan keberadaan bekas kekasih suaminya itu yang hadir ke majlis nikah kerana dia patut memainkan peranan untuk hormat kedua-dua pengantin.

Screenshot 2024 01 16 120722 Screenshot 2024 01 16 120825 Screenshot 2024 01 16 121024 Screenshot 2024 01 16 121108

Satu benda je yang min rasa diaorang tak ada, common sense! Kalau tak, benda takkan terjadi tau.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.