in

Wanita Terkejut Rumah Disewakan Ditinggal Dalam Keadaan Menjijikkan Oleh Bekas Penyewa

page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adat menyewa, haruslah jaga hak milik tuan rumah dengan baik dan bertanggungjawab. Walaupun sudah tidak mahu tinggal, rumah haruslah kembali seperti keadaan asal kepada tuan rumah.

Malangnya, bekas penyewa rumah milik Umi Nazirah ‘lepas tangan’ dan lebih teruk lagi mereka meninggalkan rumah tersebut dengan keadaan yang sangat kotor dan menjijikkan (pengotornya!)


r1  r13

r4

Tengok je pun dah rasa nak muntah kan? Tak sangka ada manusia pengotor sampai tahap macam ni.

“Sampai hati kamu buat mcm ni pada saya. Tak sangka betul ada penyewa berhati kering. Dah kamu tak bayar sewa rumah lepas tu kamu hancurkan pulak rumah saya. Biarlah Allah yang membalasnya. Tapi saya hanya manusia biasa, saya tidak akan maafkan kamu dan saya tidak halalkan apa yang kamu lakukan terhadap saya”

Begitulah luahan Umi di status Facebook nya. Yelah, siapa tak kecewa dan sakit hati kalau kena sampai macam ni. Kalau tak mampu bayar sewa sekali pun, bukan alasan untuk rosakkan harta benda dan rumah pemilik.

r2 r3

r9

r5 r6  r8

Bila di tengok gambar yang dikongsi pemilik, keadaan rumahnya dah macam sudah sangat lama ditinggalkan tidak berpenghuni dan tidak diselenggara. Walhal sebelumnya, ada penghuni tetapi tidak bertanggunjawab menganiaya tuan rumah sebegini rupa.

Kerana bersimpati dengan nasib mereka yang dikatakan orang susah, Umi memberikan kadar sewa yang rendah. Tetapi tidak disangka begini pula balasan yang diterima selepas membantu keluarga tersebut.
“Masa mula-mula masuk pun tak bayar deposit sebab dia kata dia orang susah. Sembilan bulan tak bayar sewa. Kata nak pasang grill tapi tak pasang-pasang pun,” kata Umi Nazirah
Susulan kejadian ini, Umi sendiri mengaku tersilap langkah kerana tidak membuat perjanjian sewa rumah dengan penyewa. Apabila cuba dihubungi, penyewa yang bernama Nadia tidak menjawab panggilannya.

r11 r12 r14 r15

Rumah milik Umi Nazirah yang terletak di Taman Sri Impian, Kluang, Johor itu diduduki oleh dua keluarga yang berjumlah 9 orang duduk sebumbung. Setelah agak lama penyewa tidak membayar sewa, beliau dan suaminya tergerak hati untuk pergi check rumah tersebut. Namun, apa yang dilihat Umi dan suami sangat memeranjatkan, rumah ditinggal dalam keadaan sebegini kotor.

 

Umi turut kongsi gambar profil milik bekas penyewanya yang bernama Nadia, dan juga gambar profil si suami.

page

“Saya dan suami nekad turun ke Kluang tetapi dimaki oleh suaminya. Dia janji mahu membayar sewa dan meminta peluang untuk duduk beberapa hari lagi sementara mencari rumah sewa yang lain. Saya percaya dan beri peluang namun dia menghilangkan diri (lari) sejak Ogos lalu”
Menurut Umi:
“Saya dah pesan pada mereka, buatlah seperti rumah sendiri. Patutnya mereka fikirlah kalau rumah sendiri, mestilah bersih. Ini tidak, semakin kotor dan hancur jadinya. Malah lampu dan kipas pun diambil oleh mereka. Bukan saya mahu mengaibkan dia, tetapi hati saya geram dan kalau boleh jadikan sebagai satu pengajaran dan moga dia berubah selepas ini”
Walaupun masih berang dengan apa yang terjadi, Umi masih boleh bersabar dan tidak membuat laporan polis tentang kes ini, atas nasihat suaminya. Disebabkan itu juga, Umi terpaksa menanggung kos kerugian untuk membaik pulih semula rumahnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.