Memberi anak kecil bermain dengan handphone bukan lagi sesuatu yang asing pada masa kini. Bukan sahaja boleh mendiamkan anak kecil supaya memudahkan mereka untuk membuat kerja, malah dianggap dapat mengembangkan IQ dan kecerdikan anak-anak apabila didedahkan dengan teknologi sejak usia muda.
Namun, sekiranya ibu bapa leka memberi anak kecil bermain dengan handphone tanpa pengawasan dan ‘lock’ keselamatan untuk aplikasi tertentu, maka banyak keburukan yang bakal mendatang bukan sahaja kesihatan anak-anak boleh terjejas, malah ‘duit poket’ ibu bapa juga bakal ‘terbang’ melayang juga.
RM60,000 ‘lesap’ dari kad kredit
Seperti kejadian yang berlaku kepada seorang wanita dari Connecticut, Amerika Syarikat ini, dia ‘terkejut beruk’ apabila mendapati anak kecilnya yang berusia 6 tahun telah ‘melesapkan’ sebanyak lebih daripada RM60,000 melalui kad kreditnya untuk membeli ‘sedikit harta’ dalam permainan video kegemarannya sejak beberapa bulan yang lepas.
Memetik laporan Oddity Central, Jessica Johnson yang merupakan seorang broker hartanah mendapati terdapat sejumlah wang telah ditolak daripada akaun Chase miliknya oleh pihak Apple dan Paypay.
Ingat satu penipuan
Pada awalnya, dia menyangkakan bahawa ia adalah satu kesilapan dan cubaan untuk menipu. Wanita yang berusia 41 tahun itu kemudiannya bertindak untuk menghubungi pihak bank dan akhirnya membuat laporan berhubung cubaan ‘penipuan’ itu pada bulan Julai yang lalu.
Dalam masa yang sama, jumlah caj yang ‘mencurigakan’ dari kad kreditnya itu telah mencapai sebanyak $16,293.10 (RM66,011.49) dan pada bulan Oktober pula pihak bank memberitahunya bahawa caj tersebut adalah sah dan dia perlu menghubungi pihak Apple untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Anak jadi ‘dalang’ lepas lihat senarai caj kad kredit
Si ibu hanya tersedar bahawa anaknya yang menjadi ‘dalang’ selama ini selepas dia bertindak untuk menghubungi pihak Apple dan melihat sendiri senarai caj kad kredit itu dimana dia ternampak ikon permainan video kegemaran anaknya iaitu ‘Sonic the Hedgehog’ turut terkandung di dalamnya.
Walau bagaimanapun, ‘nasi sudah menjadi bubur’ apabila pihak Apple enggan untuk membuat sebarang pemulangan semula wang tersebut gara-gara wanita itu tidak menghubungi pihak mereka dalam tempoh 60 hari selepas caj dikenakan.
Kata mereka, “Susah” disebabkan saya tidak menghubungi mereka dalam tempoh 60 hari selepas caj itu dikenakan. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa.
Tambah wanita itu lagi, punca utama dia tidak menghubungi pihak Apple adalah disebabkan pihak Chase memberitahunya bahawa kejadian itu berkemungkinan disebabkan satu penipuan.
Terlupa ‘lock’ aplikasi, anak beli pack booster dalam game
Ternyata perkara itu berlaku disebabkan wanita itu dan suaminya terlupa untuk mengaktifkan tetapan keselamatan pada akaunnya sehinggakan tidak sedar anaknya itu telah menggunakan kad kredit yang dipautkan dalam handphone untuk membeli pek booster yang bernilai ribuan ringgit dalam game kegemarannya itu.
Hurm, tak boleh lah nak salahkan anak seratus peratus. Diri sendiri yang cuai.
Pada awalnya, anaknya bermula dengan membeli ‘cincin merah’ yang bernilai $1.99 (RM8.06). Kemudian diupgrade pula dengan melakukan penambahan pembelian ‘cincin emas’ sehingga berjumlah $99.99 (RM405.11) kerana semakin banyak dia membeli ‘cincin’, semakin banyak pula karakter dan perincian yang boleh digunakannya dalam game tersebut.
Sudah tentu sekiranya saya tahu mengenai perkara itu, saya tidak akan membiarkan anak saya yang berusia 6 tahun itu menghabiskan wang sebanyak hampir $20,000 (RM81,030.00) untuk ‘cincin emas’ alam maya.
Kalau beli cincin emas betul takpe jugak kan.
Susulan kejadian ‘menakutkan’ yang menimpanya itu, wanita itu menyeru kepada ibu bapa agar sentiasa memeriksa ciri pengaturan keselamatan dan pembayaran yang terkandung dalam peranti elektronik masing-masing.
Jadikan kejadian ini sebagai pengajaran buat ibu bapa yang lain. Sentiasa pasang apps lock kalau beri anak kecil main handphone.
Baca: Wanita Terkejut Gambar Bogel Tersebar, Rupanya Anak Perempuan Berusia 2 Tahun ‘Tersend’ Gambar Masa Main Handphone