in

Wanita Terkedu Suami Ditangkap Basah Dengan Ibu Sendiri

curang ibu mertua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah seorang suami menjalinkan hubungan sulit dengan mertuanya kini sedang menjadi topik hangat di media sosial. Isterinya, Norma Risma kini menanggung kesedihan yang amat dalam apabila dipermainkan oleh dua insan yang paling dicintainya.

Cerita yang berlaku di negara jiran, Indonesia ini berlaku selepas Norma menangkap suaminya, Rozy yang sedang bermadu kasih bersama ibunya sendiri.


Dalam sebuah video yang dimuat naik di YouTube Confide Bang Denny Sumargo pada hari Rabu lepas, Norma mencurahkan isi hatinya dan kes hubungan sulit yang melandanya masih membuatkan perasaannya tidak stabil walaupun sudah sebulan berlalu.

Norma memberitahu, suami dan ibunya telah menjalinkan hubungan sulit sebelum mereka berkahwin. Malah, bapanya telah memberi amaran kepadanya supaya tidak meneruskan hubungan itu.

Namun, ketika itu cinta Norma terhadap Rozy terlalu besar sehinggakan dia berkata dia ingin melanjutkan hubungannya bersama lelaki tersebut ke jinjang pelamin.

“Maknanya selama 5 tahun ini aku bercinta sendirian?”

Dalam video tersebut, Norma menceritakan serbuan bermula apabila penduduk melihat ibu Norma memasuki rumah sewa yang didiami Norma dan suaminya, mereka berdua ditangkap tanpa seurat benang di badan mereka.

@

♬ –

Lebih mengeruhkan keadaan, Norma mendapat tahu ibu dan suaminya itu mula bercinta sejak sebelum mereka berkahwin malah mereka sering berbual melalui WhatsApp dengan mesej-mesej yang berbaur lucah.

Terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan

Perkara itu membuatkan kesihatan mental Norma berada dalam keadaan yang sangat buruk sehinggakan dia terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan.

Pasangan tersebut akhirnya bercerai malah bapa kepada Norma turut menceraikan ibunya itu kerana terlalu malu dengan perkara tersebut.

Semoga Norma sentiasa tabah…

Baca: Baru 11 Bulan Kahwin & Pernah Bercerai, Suami Naik Tangan Bila Kantoi Curang Lagi

Ft Suami Pukul Isteri Lepas Kantoi Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.