in

Wanita Sumbat Haiwan Eksotik Dalam Bagasi Untuk Cuba Seludup Melalui KLIA Ditahan

ft wanita seludup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita tergamak menyumbat 9 ekor haiwan eksotik ke dalam bagasi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam. Bagaimanapun cubaannya untuk seludup haiwan-haiwan tersebut berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pemeriksaan rutin yang dibuat oleh pegawainya di kawasan Hammerhead H2, Terminal 1 KLIA kira-kira jam 9.10 malam itu menemui haiwan tersebut dalam bagasi milik penumpangnya yang dijadualkan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH0198 ke Hyderabad pada jam 9.30 malam.


Artikel berkaitan : Penyanyi Rap Terkenal Malaysia Ditahan Di Laos Kerana Seludup 86Kg G*nja

Artikel berkaitan : Kucing Ditangkap, Cuba Seludup Dadah Ke Dalam Penjara Di Costa Rica

525333930 122200642934325316 311674267151349414 n

Jelasnya lagi, semakan mendapati bahawa suspek yang juga seorang wanita tempatan berusia 36 tahun itu berasal dari Negeri Sembilan.

524635965 122200642940325316 7067724802542155094 n 524703396 122200642844325316 4089330430235646845 n

“Pemeriksaan lanjut pada bagasi yang dibawanya menemui sembilan haiwan liar, disyaki empat ekor siamang, seekor beruk dan empat ekor sugar glider.”

“Haiwan berkenaan dipercayai diseludup untuk perdagangan haram antarabangsa dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM127,000.”

Wanita terbabit telah dibawa ke Balai Polis KLIA untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.