Dua orang anggota polis wanita mendapat pujian ramai selepas mereka telah membantu seorang ibu melahirkan bayi perempuan di dalam kereta ketika sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching-Samarahan, Sarawak, malam tadi.
Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku sekitar jam 11.50 malam itu terjadi apabila wanita berusia 26 tahun dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya melalui SJR ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, yang bertugas dari 4 petang hingga 12 tengah malam hari tu kemudian telah bergegas membantu selepas seorang lelaki memberitahu yang isterinya mahu bersalin.
Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.
“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya.
Dia yang dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, telah menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.
Menurut Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram, suami wanita itu pada mulanya berada dalam keadaan panik dan telah memandu ke arah SJR untuk meminta bantuan.
Anggota yang berada di SJR mendapati isteri lelaki tersebut sudah pun melahirkan anak dan mereka membantu menyambut kelahiran bayi itu.
Kebetulan pula masa itu katanya, seorang lagi anggota hendak melapor tugas turut berada di tempat kejadian, lalu dia juga membantu menyelimutkan bayi tersebut menggunakan tuala yang dibawa.
Bayi bersama ibu kemudian dibawa ke HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bayi itu juga dilaporkan dilahirkan dalam keadaaan sihat dan selamat.
Syukurlah ada pihak polis datang membantu. Syabas!
Baca: “Terlupa pakai” – Tak Saman Terus, Polis Ini Sebaliknya Pakaikan Warga Emas Face Mask