in

Wanita Sanggup Buat 4 Kerja Bantu Suami Walaupun Hidap ‘Slip Disc’

Wanita Buat 4 Kerja Sehari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kos sara hidup semakin tinggi saban tahun. Tentunya situasi ini lebih menyesakkan bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Demi kelangsungan hidup, isteri juga bersama-sama mengerah tenaga membantu suami dalam mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan isi rumah.


Itulah pengorbanan yang dilakukan seorang wanita yang dikenali sebagai Afrin Najiha Makmur apabila dia sanggup melakukan empat kerja dalam masa sehari.

Artikel berkaitan: “Sangat matang” – Netizen Puji Pasangan Muda Kerja Keras Walaupun Isteri Sedang Mengandung

Menurut ibu kepada lima orang anak itu, dia sanggup melakukan empat kerja seperti mencuci masjid, mengambil upah menjual produk kecantikan, menjual kek coklat dan aiskrim potong bagi menampung kehidupan seharian.

@njiha_jer

♬ bunyi asal – Najiha_gituu – Najiha_gituu

Katanya, rutin itu telah dilakukan sejak tiga bulan yang lalu selepas dicadang oleh rakannya ketika dia buntu memikirkan cara untuk mencari wang bagi membantu suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dalam pada itu, Najiha turut berkongsi dia menghidapi sakit tulang belakang atau slip disc namun perlu bekerja kerana tidak mahu hidup susah seperti waktu dahulu.

Berkongsi kisah tentang kehidupannya di TikTok, ramai bersimpati dengan nasibnya. Namun, ada yang mengecamnya dengan beranggapan dia membuka aib suaminya di depan khalayak ramai.

https://www.tiktok.com/@njiha_jer/video/7285585049032920321?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7234333447996884481

Menjawab mengenai perkara itu, Najiha menjelaskan suaminya bukanlah seorang pemalas, sebaliknya dia juga sama-sama memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak.

“Saya melakukan empat kerja sehari ini bukan sebab suami malas kerja… ada juga netizen kat luar sana kata suami saya seorang penagih dadah.

“Suami saya merokok pun tidak, kaki lepak pun tidak, dia memang seorang yang bertanggungjawab.

“Cuma dia sekejap kerja sekejap tidak sebab kadang-kadang motor rosak, tapi nafkah dari dia memang teraturlah cuma sekarang terduduk sedikit,” katanya.

Difahamkan, Najiha kini dalam permohonan bagi mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Semoga dipermudahkan urusan…

Sumber: Harian Metro, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.