in

Wanita M’sia ‘Terperangkap’ Di China Kongsi Macam Mana Dia Hidup Sepanjang 40 Hari Kena Lockdown

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua dah tahu, tak sampai seminggu, kes positif Covid-19 dekat Malaysia dah naik mendadak, dan setakat ni je kita dah ada 428 kes positif menjadikan negara ni nombor SATU paling teruk di Asia Tenggara!

Jadi, salah satu kemungkinan yang mungkin bakal kita hadapi adalah arahan lockdown dari kerajaan bagi mengelakkan virus ni terus menular di negara kita.


Tapi korang semua tahu ke nak buat apa bila kena arahan lockdown ni? First of all, jangan panik, jom baca pengalaman seorang rakyat Malaysia yang telah berada di Chongqing, China sepanjang lockdown selama 40 hari di sana menerusi perkongsiannya di Facebook.

R

**Dari seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di China**

Pandemik Covid-19

Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan dah reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virus ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.

Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan lockdown. Seluruh China diarahkan lockdown. So bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah je yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.

Beijing China Coronavirus Gettyimages 1206472167

Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila nak masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi. So tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, korang akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.

Lockdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan lockdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurungkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRUS NI DARI MEREBAK!

Pemisahan dan kuarantin cabul hak manusia? Please, hak apa nak tuntut kalau dah sampai kita mati.

So, bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangkitan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper…

Merlin 167627721 681944Ce Ccfd 45F4 A5E2 Bc45Caaedaf2 Superjumbo

  1. Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangkap)
  2. Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alkohol saya bawa sepanjang masa.
  3. Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
  4. Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
  5. Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
  6. Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka mask, buang dan basuh tangan semula!
  7. Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
  8. Nyahbakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
  9. Nyahbakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.

Virus ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau korang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna korang adalah ancaman untuk komuniti.

P/s Tak perlu pun nak stock up toilet paper laa!

https://www.facebook.com/juwitajalil/posts/10157728213241335

Dari pesanan wanita ni, memang leceh bila nak kena jaga kebersihan je all the time, tapi benda ni memang benda paling penting sekali untuk elak dari dijangkiti.

Please jangan borong barang macam dunia nak kiamat, ingat orang lain jugak okay. We are better than this!

 

Baca: “Sanggup pertaruh nyawa” – Lelaki Sanggup Pergi Melancong Sebab Tiket Murah, Balik Dapat Covid-19

Collage 35

Sumber: Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.