Pihak polis telah menangkap seorang wanita yang dipercayai menyamar sebagai ‘hantu’ di sekitar Jalan Austin Heights Utama yang sebelum ini sering menakut-nakutkan orang ramai yang lalu lalang.
Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 31 tahun tersebut juga dipercayaj menghidap penyakit mental.
Sebelum ini, video gangguan yang dicetuskan oleh wanita terbabit pernah tular di laman TikTok:
Artikel berkaitan: Nak Rakam Video Untuk ‘Content’ Kepala Wanita Terhantuk Tiang Ketika Kereta Api Bergerak Di Thailand
Artikel berkaitan: Kenali Abigail Arnold, Hantu Yang Menghantui Rumah ‘The Conjuring’ Hingga Sekarang
Tambah pihak polis, wanita terbabit juga akan cuba memeras ugut penandu kenderaan yang berhenti sebagai ganti rugi kerana telah melanggarnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah membuat rondaan bagi tujuan mengesan wanita tersebut namun gagal kerana individu terbabit melarikan diri.
“Anggota polis yang bertugas memaklumkan ketika kejadian, wanita itu akan mengilai namun akhirnya semalam kita berjaya menahan wanita berkenaan yang dipercayai mempunyai masalah mental,” katanya.
Semakan lanjut pihak polis juga mendapati wanita berkenaan pernah dimasukkan ke Zon Kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 2022 dan 2023 kerana kemalangan dan mengalami kemurungan.