Semua tahu bahawa Korea Selatan terkenal dengan perkhidmatan dan prosedur pembedahan plastik dari pakar bedah. Jadi, tidak mustahil ramai pelancong dari seluruh dunia sanggup terbang ke negara itu semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik bagi mencantikkan wajah mereka.
Bagi mereka yang menjalani pembedahan plastik, kebiasaannya ia memerlukan sedikit masa untuk sembuh, namun beberapa pelancong dari China ini malah tidak mempedulikan hal tersebut.
Kedegilan tiga wanita itu bagaimanapun membawa padah apabila mereka dikatakan tidak dapat melepasi pemeriksaan kastam di lapangan terbang baru-baru ini.
Menurut World of Buzz, gambar tiga wanita tersebut tular di internet dan mendapat perhatian ramai netizen di media sosial Weibo.
Dengan wajah yang masih bengkak akibat pembedahan plastik dan muka dibaluti kain, ketiga-tiga mereka dilihat memegang pasport masing-masing kerana tidak dibenarkan melepasi imigresen.
Rupa-rupanya, pegawai di lapangan terbang tidak dapat membuat pengecaman identiti memandangkan muka mereka masih bengkak sehinggakan berbeza dengan rupa mereka di dalam gambar pasport!
Disebabkan itu, mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menunggu di lapangan terbang sehingga pihak imigresen dapat mengesahkan identiti mereka.
Selepas gambar tersebut tular, ramai netizen serba salah sama ada mahu ketawa atau mengasihani mereka. Beberapa netizen malah berkata,
“Dengan muka bengkak macam tu, ibu kamu sendiri pun takkan dapat cam kamu.”
Seorang netizen turut berkata, “Maafkan saya, saya tidak bermaksud mahu ketawa tapi muka mereka memang bengkak betul.”
Sudah semestinya perkara itu merupakan pengalaman tidak menyenangkan dilalui ketiga-tiga pelancong itu. Tak selesa pulak tu muka bengkak!
Siapa yang nak buat pembedahan plastik tu, ambil cuti lama sikit okay!
Baca: Wanita Terperangkap di Antara Tingkap Ketika Cuba Kutip Semula Tahi Yang Dibuangnya