Dalam kehidupan, kita sebagai manusia yang lemah memerlukan pertolongan tuhan dalam apa jua keadaan disebabkan kesilapan yang pernah kita buat. Sebabnya, tanpa tuhan kita bukanlah sesiapa di dunia ni.
Seperti wanita ni, dia berkongsi pengalamannya diselamatkan oleh tuhan selepas melakukan dosa besar iaitu menjual rohnya pada syaitan.
@estyrichard The reason for the season ❤️ its been a long time that i wanted to share this but i was just waiting for the right moment ?? gbu all #christmas #christiantiktok #malaysiatiktok
Kisahnya bermula pada Ogos 2022 di mana dia mengalami kemurungan yang teruk dan tiada tuhan sebagai tempat bergantung.
Akan tetapi, pada satu malam, dia terdengar satu suara yang kerap kali mengulangkan ayat yang sama iaitu:
“Apa kata awak cuba Google cara-cara untuk menjual roh awak.”
Dia cuba untuk abaikannya namun, disebabkan perasaan ingin tahu yang kuat, dia buat banyak research tentang penjualan roh itu.
Pada akhirnya, dia sanggup membuat perjanjian untuk melepaskan nyawanya pada syaitan dengan dua syarat.
“Saya akan benarkan awak (syaitan) ambil jiwa saya dengan dua syarat iaitu saya nak duit dan populariti.”
Terujanya dia, akaun TikTok-nya yang sebelum ni hanya mempunyai sekitar seribu ke dua ribu pengikut mencanak naik sehingga ke 10 ribu disebabkan video viral pertamanya yang mencecah sejuta views dalam semalaman je.
Pada awalnya, dia percaya yang benda tu hanyalah kebetulan saja. Tambahan lagi, syarat kedua iaitu duit masih belum ditunaikan.
Namun begitu, selepas video viralnya, sejumlah RM3 ribu telah dimasukkan ke dalam akaun banknya secara tiba-tiba. Disebabkan tu, dia terkejut kerana pada masa tu dia langsung tak kerja dan mengambil cuti disebabkan masalah PTSD yang dialaminya.
Rupanya, duit tu datang dari syarikat lamanya yang tak bayar gaji secukupnya pada dia. Selepas syarat-syaratnya ditunaikan, dia berserah sepenuhnya kepada syaitan untuk mengambil nyawanya.
Akan tetapi, satu keganjilan berlaku di mana secara tak sedar, dia kerap kali membuat hantaran yang berkaitan dengan syaitan di akaun media sosialnya. Tambahnya lagi, dia juga terasa nak muntah setiap kali sebut perkataan ‘tuhan’ atau ‘Jesus’ dalam agama Kristian.
Walaupun begitu, dia mula tersedar akan kesilapannya ketika keluarga pakciknya datang melawat ke rumahnya. Pada masa tu, dia dan sepupunya bersembang mengenai keimanan dan kepujian pada tuhan.
Namun, ada satu perkara sepupunya cakap yang membuatkan dia tersedar iaitu:
“Bersedialah dengan apa yang akan berlaku.”
Alangkah terkejutnya dia, selepas sepupunya tidur, dia menerima satu panggilan yang mengugut untuk membunuhnya. Disebabkan tu, dia berasa sangat takut sehingga kehilangan berat badan dan tak tidur selama sebulan kerana ugutan yang terus-menerus walaupun dah dilaporkan pada pihak polis.
Dipendekkan cerita, dia langsung tak bagitahu ayahnya pasal kejadian ni kerana tak nak ayahnya terlibat dengan perkara ni.
Disebabkan tu, dia meminta pertolongan kawan lamanya dari gereja untuk membebaskan dirinya daripada perjanjian syaitan tu.
“Kami (dia dan kawannya) berdoa kepada tuhan dengan sangat lama dan panjang.”
Ketika itulah, dia menangis teresak-esak lalu bertaubat akan segala dosanya menjual roh pada syaitan. Syukurnya, dia berasa selamat dan dibebaskan oleh tuhan walaupun telah melakukan dosa berat tersebut.
Pada akhirnya, hidupnya semakin baik selepas bertaubat dan bergantung sepenuhnya pada tuhannya iaitu Jesus.
“Kalau saya boleh dimaafkan atas dosa paling besar seorang manusia boleh buat, kamu juga boleh dimaafkan.”
Kalau nak tonton video penuh, korang boleh tekan link ni.
Sumber: TikTok