in

Wanita Kongsi Kisah Penyondol Dalam Keluarga, Kakak Ipar Mengandungkan Anak Suami Sendiri

ft kakak ipar sondol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita kongsikan detik hitam yang berlaku kepada dirinya apabila suami dan kakak ipar sendiri menjadi duri dalam daging dalam hubungannya dengan keluarga.

Malah, dikatakan kakak iparnya yang dianggap seperti kakak sendiri cuba untuk memecah belahkan hubungannya sekeluarga dengan menabur fitnah, mencuri duit dan boleh dikatakan menjadi perosak dalam keluarga.


Artikel berkaitan : Peguam Jelaskan Bagaimana Pasangan Curang Boleh Didakwa Dalam Konteks Undang-Undang Syariah

Artikel berkaitan : “Ipar duai tinggal sebumbung” – Suami Terkandas di Perak Sebab PKP, Isteri Terlanjur Dengan Adik Ipar & Mengandung

Jelas wanita ini, sepanjang 11 tahun kakak iparnya berada di dalam keluarga besarnya dan rapat dengannya, rupanya wanita itu ada niat terselindung di mana dia secara diam-diam menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan suami yang telah 12 tahun berkahwin.

Dia dan suami pada mulanya sangat bahagia walaupun pada awalnya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata sehinggalah mereka dikurniakan zuriat kembar dan ia menjadi satu sinar buat dirinya setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga pada ketika itu.

Namun begitu, waktu inilah dugaan mula menimpa dirinya, apabila berlaku konflik kecil antara suaminya dan ibu bapa wanita ini, di mana kakak iparnya menjadi batu api.

Malah, dia juga dapat tahu bahawa kakak ipar dan suaminya ada hubungan sulit dan amat mengecewakan apabila pejabat agama tidak melayan aduannya. Tetapi memikirkan nasib anak-anak, wanita ini cuba mempertahankan perkahwinannya.

kakak ipar sondol kakak ipar sondol 2 kakak ipar sondol 3 kakak ipar sondol 4

Sejak itu, dia seringkali menerima ancaman dari media sosial dan mesej daripada orang yang tidak dikenali dengan niat untuk meruntuhkan bahtera perkahwinannya.

Konflik antara kecurangan dengan suami dan sikap toksik kakak ipar terhadap keluarganya berakhir apabila mendapat khabar berita yang kakak iparnya itu mengandung dan hubungan kakak ipar bersama suaminya iaitu abang kandung wanita ini sendiri juga kembali jernih.

Namun, tiba-tiba abang kandungnya membantah kandungan isterinya itu sehingga minta untuk digugurkan kerana merasakan itu bukan anaknya sebelum menerima dengan hati terbuka setelah dipujuk oleh ahli keluarga kerana anak tersebut merupakan anak perempuan pertama mereka.

kakak ipar sondol 5 kakak ipar sondol 6 kakak ipar sondol 7 kakak ipar sondol 8

Malah, wanita ini kembali rapat dengan kakak iparnya, mereka kerap berhubung dan ada kalanya, dia datang melawat wanita ini, namun wanita ini mula syak sesuatu apabila kakak iparnya, berusaha keras untuk bersua dengan suaminya tetapi suaminya cuba mengelak.

Nak dipendekkan cerita hubungan antara dia dengan suami yang semakin pulih kembali keruh dengan campur tangan kakak iparnya dan hubungan sulit mereka mula terbongkar apabila abang kandungnya merampas telefon bimbit kakak iparnya itu dan melihat segala perbualan antara kakak ipar dan suami wanita ini.

Malah, bagi menjawab persoalan mengenai status anak yang kepada kakak iparnya itu, mereka melakukan ujian DNA dan keputusan mendapati bahawa anak tersebut bukanlah dari benih abang kandungnya.

Situasi menjadi tegang apabila kakak iparnya masih berusaha keras untuk menafikan hal ini, namun suami kepada wanita ini akhirnya membuka mulut menceritakan hal sebenar sebelum suaminya itu membuat keputusan untuk mengundurkan diri.

Boleh baca kisah penuh disini.

Biarpun dia sudah bercerai dengan suami dan abang kandungnya telah menceraikan kakak iparnya, difahamkan bekas kakak iparnya itu masih lagi giat memburuk-burukkan mereka sekeluarga.

Wanita ini menjelaskan kisahnya ini patut dikongsi kerana ingin menuntut keadilan buat abang kandungnya yang menjadi mangsa fitnah bekas isterinya sendiri.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.