in

Wanita Kongsi Kisah Ditipu Hampir RM20,000 Dengan Lelaki Scammer Menyamar Jadi Askar

22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laman sosial menjadi tempat ramai orang untuk mencari kenalan baru. Namun, kita perlu sentiasa berwaspada dalam menggunakan laman sosial kerana ramai juga yang sentiasa cuba untuk mengambil kesempatan atas keikhlasan kita.

Menurut Berita Harian, seorang wanita pekerja hotel telah kerugian RM19,600 kerana ditipu oleh lelaki yang dikenalinya sebulan lalu melalui laman Facebook. Walaupun baru sebulan berkenalan, wanita tersebut sanggup meminjam wang daripada peminjam wang berlesen demi membantu lelaki itu.


Wanita itu juga memberitahu bahawa mereka pernah berjanji untuk berjumpa di Subang Jaya namun pertemuan itu tidak pernah berlaku, lapor The Star.

Scam3
sumber: the star

Lelaki scammer itu dikatakan menyamar sebagai askar yang baru sebulan bertugas di Australia dan meminta wang untuk dipinjam daripada wanita berkenaan bagi tujuan melepaskan ‘wang’ miliknya yang konon disekat pihak kastam di Singapura.

“Suspek mendakwa wang bernilai RM1.15 Juta yang dibawa bersama ditahan kastam Singapura ketika berada di Lapangan Terbang Changi,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.

Selepas mendakwa bahawa wangnya ditahan kastam, lelaki scammer itu kemudiannya menghubungi wanita berkenaan untuk meminta bantuan bagi membuat bayaran setem duti dan caj pelepasan bagi wang yang ditahan.

Scam6
gambar hiasan

Wanita tersebut yang terlalu percaya pada ‘rakannya’ berjaya membuat pinjaman wang dan seterusnya melakukan dua transaksi memasukkan sebanyak RM19,600 ke akaun lelaki tersebut. Malang tidak berbau, wanita tersebut tidak menyedari bahawa dia telah ditipu hidup-hidup.

Selesai sahaja melakukan transaksi wang ke dalam akaun scammer, wanita itu cuba untuk menghubungi lelaki tersebut tetapi gagal. Setelah menyedari keadaan dirinya yang telah ditipu, wanita tersebut terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong.

Suspek kini sedang diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Sentiasa berhati-hati menggunakan laman sosial dan jangan mudah percaya kepada mana-mana individu sekalipun.

NOTA: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Baca: Wanita Lebih Mudah Tertipu Dengan Scam Online Berbanding Lelaki. Mengapa? Ini Sebabnya…

Scam Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.