Media sosial kini menjadi platform untuk menyebarkan berita dengan pantas kepada orang ramai. Kebiasaannya berita yang disampaikan adalah untuk memberi amaran serta sebagai peringatan kepada orang ramai tentang apa-apa perkara yang telah berlaku kepada mereka.
Walau bagaimanapun, setiap berita yang disampaikan kadang kala hanya sekadar salah satu cara untuk menarik perhatian ataupun salah faham oleh pihak tersebut dan menimbulkan kemarahan serta mengundang kecaman daripada netizen.
Inilah perkara yang tepat bagi menggambarkan situasi dihadapi oleh seorang wanita yang telah memuat naik sebuah rakaman video menceritakan pengalaman jijik yang dilaluinya.
Berdasarkan video yang telah dimuat naik, wanita yang menggelar dirinya sebagai Mummy ini, telah memesan menu sizzling di medan selera yang terletak di dalam Tesco di Lukut, Negeri Sembilan.
Melalui video tersebut, Mummy menunjukkan seketul daging ayam daripada sizzling tersebut yang didakwa berkemungkinan bahagian bontot ayam. Menjijikkan apabila dia dapati masih terdapat tahi di dalam bahagian ayam tersebut apabila dipicit dengan tangan. Eww!
Mummy menyatakan kemarahannya kerana peniaga makanan tersebut tidak menjaga kebersihan serta memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengunjungi gerai tersebut. Siapa tak marahkan?
Namun begitu, niat Mummy untuk memberi amaran kepada orang ramai bertukar menjadi perdebatan hangat di ruangan komen antara netizen kerana menganggap tindakannya sebagai kurang bijak dalam mengatasi situasi tersebut.
Hal ini adalah kerana mereka merasakan wanita itu sepatutnya pergi membuat aduan kepada gerai tersebut serta pihak berkuasa dan bukannya dengan cara menularkan video seperti ini.
Selain itu, netizen juga turut kecam wanita ini kerana tidak kenal dengan bahagian ayam tersebut. Menurut netizen, ketulan daging ayam di dalam video berkenaan ialah bahagian pedal yang masih mengandungi sisa makanan dimakan oleh ayam itu.
Walaupun dibanjiri kecaman daripada netizen, masih terdapat segelintir mereka yang mempertahankannya kerana menganggap amaran yang diberikan kepada orang ramai adalah perkara yang wajar dilakukan memandangkan gerai tersebut tidak menjaga kebersihan makanan yang dijual.
Gelinya kalau macam ni terjadi. Memang hilang selera makan. Harap Mummy ada buat aduan kepada pihak yang sebetulnya supaya gerai itu dapat memperbaiki tahap kebersihan makanan yang dijual.
Baca: Sushi Mentai di Cheras Ditutup Selepas Pekerja Dirakam Meletakkan Salmon di Atas Tong Sampah