in

Wanita Jumpa Cicak Dalam Kari Ketam Di Restoran Nasi Daun Pisang Puchong

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Takde siapa nak lalui pengalaman terjumpa ‘tetamu tak diundang’ dalam makanan kan?

Namun, hari ini seorang netizen bernama Shanthini lalui pengalaman malang di sebuah restoran mamak yang terletak di Puchong. Wanita itu kemudian berkongsi pengalamannya di Facebook.


Mamak

Menurut Shanthini, dia telah ke sebuah restoran yang menghidangkan nasi daun pisang di Bandar Puteri Puchong.

Usai memesan apa yang diinginkan, pekerja di sana mula menghidangkan makanan yang dipesan, iaitu kari ketam.

Namun, alangkah terkejutnya Shanthini sebaik mendapati seekor cicak tersembunyi di dalam kari ketam itu!

Mamak2

 Gross Sick Ew Vomit Nasty Gif

Kecewa dengan apa yang berlaku, Shanthini kemudian memaklumkan hal itu kepada pekerja restoran berkenan. Namun menurutnya, tiada seorang pun pekerja dan juruwang tampil memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Malah, mereka hanya berlalu pergi dari meja tempat duduknya! Eh, macam tu ke layan pelanggan?

Wanita itu turut berkata,

Kami tertanya-tanya mungkin kari ketam mereka sedap kerana bahan istimewa ini!”

Dalam minggu ini, sudah dua kali berita tentang insiden sebegini berlaku. Menurut The Star, pada awal minggu ini, seekor cacing dijumpai di dalam makanan pesakit di sebuah hospital di Ipoh! Lagi sakit lah jadinya..

Mamak3
sumber: the star

Diharap pihak bertanggungjawab lebih peka dalam menjaga kebersihan kawasan premis dan bahagian dapur bagi mengelak perkara sebegini berulang lagi di masa hadapan.

Masih ada restoran yang tidak menjaga kualiti makanan mereka!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.