in

“Wanita juga ada hak” – Dr Zul Minta Kerajaan Teliti Isu Ibu Tak Layak Beri Warganegara Pada Anak

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, mahkamah rayuan telah memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Usul mengenai isu ini turut dibahaskan di Dewan Negara dan bekas mufti Senator Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah meminta agar kerajaan meneliti perkara ini dengan holistik.


Menerusi Twitter peribadi, Dr Zulkifli mengatakan dalam Islam wanita boleh bersuara untuk menuntut hak mereka bagi perkara-perkara yang wajar.

Malah, beliau turut memasukkan hadith dari Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa suara wanita perlu didengari dan diberi perhatian serius.

Screenshot 2022 08 12 At 4.29.08 Pm

Tambahnya, negara kita berpotensi untuk kehilangan satu demi satu modal insan yang menyumbang ke arah kemajuan negara jika isu ini berterusan.

Malaysia adalah salah satu daripada 28 buah negara dunia yang masih mengekalkan hak bapa sahaja untuk memindahkan kewarganegaraan kepada anak-anak.

Dalam masa yang sama, isu-isu lain atau “loop hole” yang terkait dalam hal ini wajar juga dibincangkan. Antaranya adalah berkenaan pendaftaran pernikahan dan kelahiran anak yang menjadi halangan atas faktor Perlembagaan.”

Dr Zulkifli mengakhiri pesanannya ini dengan meminta agar ada penyelesaian yang harmoni dan adil berhubung isu ini.

 

Baca: “Jadi zombie kira mati syahid tak?” – Dr Zulkifli Respon Soalan Pelik Netizen

Screenshot 2022 08 12 At 4.40.50 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.