Min yakin pasti ramai antara kita semua dah menonton filem Squid Game di Netflix kan? Malah, di TikTok suara nyanyian budak kecil dalam satu babak episod pertama itu sedang trending sekarang.
Drama bersiri dari Korea ini mengisahkan sekumpulan orang susah yang ingin mendapatkan wang tunai menerusi satu ‘permainan’. Kesemua permainan itu adalah zaman childhood, namun siapa yang kalah, akan terus dibunuh.
Mugunghwa Kochi Piosseumnida
Dalam episod pertama, ada satu permainan yang dinamakan Red Light, Green Light, dimana pemain perlu bergerak pantas untuk menuju ke garisan penamat, namun cabarannya adalah akan ada satu lagu dimainkan selama beberapa saat, waktu itu, semua peserta boleh bergerak, tetapi apabila lagu tamat peserta semua tidak boleh bergerak, jika mata di patung itu dapat kesan sesiapa yang bergerak, dia akan ditembak mati dan sekaligus dianggap kalah dalam permainan.
Pembukaan series yang mencabar ini telah memukau penonton sehinggakan lagu yang dimain itu menjadi jingles atau siulan pengguna TikTok sekarang.
Seperti yang mereka sudah menonton drama bersiri sedia maklum, lagu ‘Mugunghwa Kochi Piosseumnida’ diterjemahkan menjadi Lampu Merah, Lampu Hijau dalam sari kata.
Bagaimanapun, menurut seorang pengguna TikTok @nurraezzatie, terjemahan sebenar bukanlah seperti mana yang ditunjukkan di paparan skrin.
Katanya Mugunghwa Kochi bermaksud bunga raya manakala Piosseumnida adalah berkembang mekar. Tapi kenapa diaorang tulis Red Light, Green Light? Tonton video dibawah untuk tahu pendapat wanita ini.
@nuraezzatie #stitch with @Hadrey Ali 🇲🇾🔴🔵🦒 Maksud Sebenar Squid Game ? #squidgame #오징어게임 #한국말 #tiktokguru #fypmalaysia🇲🇾 #틱톡순삭 #learnkorean
Dalam masa 23 jam, video ini telah meraih 585.5K jumlah tontonan dansebanyak 1816 jumlah perkongsian.
Baca : Bosan Tengok K-Drama? Ini 8 Drama Thai Yang Anda Perlu ‘Binge-Watch’ Sekarang!