Wanita Israel yang mempunyai kerakyatan Britain baru-baru ini dilaporkan terkejut apabila mendapati tempat kelahirannya dalam pasport baru United Kingdom (UK) yang dimohon telah ditukar kepada ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’.
Menurut Middle East Monitor, Ayelet Balaban yang dilahirkan di Pusat Perubatan Hadassah dekat Jerusalem (Baitulmuqaddis) dan ayahnya pula berasal dari Britain.
Dia telah membuat permohonan bagi pasport baru secara online dan menghantar pasport lama ke UK pada 23 Mei lalu.
Balaban kemudian menerima pasport barunya pada Isnin dan terkejut apabila mendapati keterangan tempat lahirnya yang baru.
Saya terkejut apabila melihat tempat kelahiran ditukar dari Jerusalem ke ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’ (Occupied Palestinian Territories).
“Pada mulanya saya ingat mereka terkeliru, sebab saya tinggal dalam satu moshav (komuniti) pelarian Yahudi dari Gaza,” katanya walaupun tempat tersebut bukanlah tempat kelahirannya.
Katanya lagi, abangnya juga ada memperbaharui pasport UK pada dua tahun lepas, dan ia masih kekal ditulis ‘Jerusalem’ sebagai tempat kelahiran.
Balaban percaya perkara ini adalah polisi baru yang ditetapkan kerajaan UK. Oleh itu, dia telah menghantar emel kepada Kedutaan Israel di UK, Tzipi Hotovely bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal tersebut, namun masih belum terima maklum balas.
Menerusi website rasmi kerajaan Britain, ia ada menjelaskan seperti berikut:
“Menahan pengakuan kedaulatan ke atas Jerusalem sementara menunggu penentuan statusnya. Kami mengiktiraf kuasa de facto Israel ke atas Jerusalem Barat. Selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan 242 (1967) dan resolusi Majlis berikutnya, kami menganggap Jerusalem Timur berada di bawah penjajahan Israel.”
Dalam pada itu, Wilayah Palestin di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, timur Baitulmuqaddis diduduki secara haram oleh Israel sejak 1967.
Baca: “Tukar PM baru pun sama Zionis” – Tak Sampai Sebulan Gencat Senjata, Israel Kembali Serang Gaza