Tidak lama dulu kami ada menulis mengenai betapa seramnya Annabelle: Creation sehingga penonton Korea Selatan terkucil di dalam seluar. Tapi pengalaman penonton dari Brazil lain pula jadinya apabila seorang perempuan dikatakan ‘histeria’ sebaik saja keluar dari pawagam. Mesti jenis lemah semangat ni!
Menurut Daily Mail, seorang wanita Brazil telah dikejarkan ke hospital selepas dia dikatakan mengalami histeria akibat daripada menonton filem seram, Annabelle. Wanita yang berusia 20 tahun itu telah menonton di panggung wayang dekat Terestina, timur laut Brazil untuk tontonan lewat malam.
Aksi meremang wanita itu dirakam melalui telefon pintar salah seorang pengunjung pawagam menunjukkan mangsa sedang terbaring di atas lantai mall tersebut di luar kawasan pawagam sambil menjerit dan terbatuk-batuk teruk.
Orang di sekeliling dilihat cuba untuk menenangkan wanita yang histeria itu apabila dia mula bertindak gila dengan menumbuk mukanya sendiri. Alamak!
Setelah keadaan dilihat tidak terkawal, wanita tersebut terpaksa dibawa keluar dari pusat membeli belah tersebut menggunakan kerusi roda. Dia seterusnya dibawa ke hospital berdekatan dengan bandar Brazil di Piaui.
Walau bagaimanapun sehingga kini, pihak pusat membeli belah tersebut masih tidak mengetahui punca akan mengapa wanita tersebut tiba-tiba bertindak pelik dan ganas terhadap dirinya sendiri.
Apa yang mereka ketahui ialah wanita tersebut ternyata kelihatan sangat takut dan tidak dapat menyatakan apa yang telah berlaku ke atas dirinya pada malam itu.
Kalau dah lemah semangat eloklah jangan tonton cerita hantu. Baik tengok filem komedi, lagi menghiburkan!
Baca: ‘Anabelle: Creation’ Sangat Menyeramkan Hingga Penonton Korea Selatan Terkencing Dalam Seluar