in

Wanita Hisap Vape Dalam Wayang, Mengamuk Bila Pekerja Tak Layan Perintah Ambilkan Snek

ft wanita mengamuk dalam wayang

Tular di media sosial memperlihatkan seorang wanita membuat kecoh di dalam sebuah panggung wayang tempatan baru-baru ini.

Pemilik video yang enggan mendedahkan identitinya berkongsi insiden tersebut berlaku ketika filem sedang ditayangkan, seorang wanita tiba-tiba menarik perhatian dengan bukan sahaja menghisap vape di dalam pawagam tetapi dia juga membuat bising.

Artikel berkaitan : Kecoh Di Stesen Minyak, Penyokong Selangor Didakwa Diculik Selepas Aksi Liga Super Menentang Perak FC?

Artikel berkaitan : Peminat ‘Naik Gila’ Bakar Mercun Sambil Bersorak Bila Salman Khan Muncul Dalam Movie Baru Di Wayang

Dia juga meminta pekerja pawagam untuk membelikannya sedikit makanan ringan, tetapi apabila mereka dengan sopan menolaknya dan memberitahu bahawa tiada perkhidmatan sedemikian, dia tidak puas hati.

“Kalau tak boleh beli, berambus!”

Screenshot 2024 06 26 180458

Dia kemudian duduk balik dan sambung hisap vape sebelum pekerja itu menegurnya bahawa perbuatan itu adalah satu larangan dan wanita itu tidak boleh terima dengan teguran tersebut.

Dia mula buat kecoh dengan membuka lampu suluh dari telefonnya dan halakan ke muka pekerja itu serta menyuruh mereka pergi. Teman lelakinya berada di tempat kejadian tetapi dia tidak melakukan apa-apa.

Lelaki yang merakam kejadian itu juga berkata, wanita itu juga meludah lantai. Disebabkan itu, pekerja pawagam tidak mempunyai pilihan selain meminta wanita itu meninggalkan pawagam tersebut, dan apabila dia perasan pemilik video itu merakam, dia menghalakan lampu suluhnya ke arah pemilik video dan menuduh pemilik video yang buat aduan.

Screenshot 2024 06 26 180413

Pemilik video marah dan balas dengan bertanyakan tindakan yang dia boleh lakukan dan wanita itu membalas dengan mencabar pemilik video sama ada dia mahu memukul wanita sepertinya atau tidak.

Bagaimanapun tiada pergelutan fizikal antara lelaki tersebut dan wanita itu tetapi lelaki yang merakam ini ada rampas handphone yang masih terbuka lampu suluh milik dia dan lempar ke tempat lain dan ia membuatkan wanita itu bertambah naik angin.

Screenshot 2024 06 26 180440

Akhirnya, wanita itu dibawa keluar dari pawagam dan kekecohan makin memuncak apabila polis bantuan dilihat cuba menenangkannya tetapi dia teriak ke arah polis bantuan tersebut. Bagaimanapun, pemilik video menjelaskan kepada WORLD OF BUZZ yang dia tidak pasti bagaimana kejadian itu berjaya dileraikan.

Sumber : WORLD OF BUZZ