in

Wanita Dakwa Suami Disondol Artis Berimej Muslimah, Dah Jalin Hubungan Hampir 2 Tahun

artis berimej muslimah sondol suami orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita mendakwa rumah tangganya telah diganggu oleh seorang artis berimej muslimah sejak dua tahun lalu.

Memetik sumber Kosmo!, suri rumah itu menyatakan artis wanita yang berstatus ibu tunggal terbabit pada awalnya rapat dengan keluarga mereka selepas berurusan dalam perniagaan namun tanpa disangka menikamnya dari belakang.


Firasat isteri benar

“Kami berkenalan dengan selebriti itu apabila dia menjadi pelanggan bisnes kami seterusnya mula keluar masuk rumah kami apabila saya sudah menganggapnya sebagai keluarga.

“Awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa disebabkan penampilan suci selain sikap lemah lembut ditonjolkan, tetapi naluri isteri biasanya benar, ditambah bahasa tubuh antara kedua-dua mereka menunjukkan ada sesuatu cuba disembunyikan.”

Artikel berkaitan: Wanita Diceraikan Suami Talak 3 Lepas 27 Hari Kahwin Sebab Angau Dengan Perempuan Lain

Kata wanita itu, firasatnya benar apabila suaminya menyatakan hasrat ingin menjadikan artis berkenaan sebagai isteri kedua.

Malah, artis terbabit juga memaklumkan sedia untuk bermadu dan memintanya untuk reda atas ketentuan Allah.

Menurutnya, hubungan dia dengan suami menjadi dingin selepas permintaan mereka tidak ditunaikan memandangkan dia mengetahui setakat mana kemampuan lelaki terbabit selain kecewa tertipu selama ini.

gvtqBWQI curang

Mengulas lanjut, wanita itu dapat menghidu suaminya berlaku curang apabila dia membaca mesej mereka dalam media sosial.

“Saya dapat baca mesej mereka. Saya terkejut apabila wanita yang saya anggap sebagai keluarga, orang yang saya sangka baik dan berpenampilan suci memanggil suami saya dengan panggilan manja.

“Rupa-rupanya dia sudah lama mahu menghimpit suami saya dan mereka juga sudah menjalinkan hubungan istimewa hampir dua tahun.

“Saya bersemuka dengannya namun dia pusing cerita. Dia menggunakan alasan agama dan mahu saya menerima dirinya sebagai madu. Saya sangat kesal kerana membenarkan penyondol masuk ke dalam rumah kami,” ujarnya.

Tak rela bermadu

Jelasnya, artis berkenaan terus menerus mengganggu kehidupan dan mentalnya demi bergelar isteri kedua.

“Tujuan saya tampil mendedahkan hal yang saya cuba simpan sendirian ini kerana mahu menyelamatkan rumah tangga kami. Saya tak rela bermadu selain ingin mengekalkan keharmonian perkahwinan,” katanya.

Dalam pada itu, media juga melaporkan artis berkenaan didakwa pernah menggoyahkan dua rumah tangga lain sebelum ini.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.