in

Wanita Buat ‘Exit Survey’ Untuk Ketahui Sebab Dirinya Sering Gagal Dalam Percintaan

f3 tiktok exit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya, kita hanya akan menjawab borang soal selidik untuk aktiviti yang berkaitan dengan kerja atau pelajaran je kan. Teringat waktu min belajar di universiti dulu, kena lengkapkan exit survey setiap kali di penghujung semester.

Namun, nampaknya penggunaan exit survey atau borang kajian ini bukan hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sebab ada seorang wanita baru-baru ini ada kongsikan bahawa dia telah buat satu survey untuk ketahui sebab mengapa hubungan cintanya selalu gagal.


@riesling4prez

#datingtips #datingexpert #thisis30 #fyp #happyholidays #DoTheJuJu #nashvilledating #datingfail

♬ Ayy Ladies – Travis Porter

Menurut Mail Online, wanita yang dikenali sebagai Shanna itu telah berkongsikan tentang cara unik itu menerusi akaun TikToknya, riesling4prez.

Shanna telah membuat beberapa soalan dan menghantar pautan soal selidik itu kepada lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi dating sebab dia nak tahu kenapa lelaki tu berhenti menghubunginya.

tiktok exit 5

Antara soalan yang terdapat dalam borang kajian online itu ialah “Kenapa awak berhenti menghubungi Shanna tanpa sebab?” dan “Apa yang perlu Shanna lakukan untuk elakkan perkara seperti itu daripada berlaku?”

tiktok exit 4

Selain itu, dia juga meminta lelaki terbabit untuk rate kecantikan dan personalitinya.

Difahamkan, wanita dari Amerika Syarikat tersebut mengatakan mereka berdua ada merancang untuk berjumpa namun sehari sebelum date tersebut, lelaki berkenaan seakan mula tidak menghiraukannya dan mesej wanita itu juga tidak dibalas.

tiktok exit 2

Shanna juga mengatakan adalah sebaiknya jika lelaki di luar sana berterus terang sahaja kepada wanita yang sedang dikenali bahawa mereka sudah tidak berminat untuk berkawan agar wanita itu boleh move on.

Walau bagaimanapun, tak semua netizen setuju dengan soal selidik percintaan yang dibuat oleh Shanna kerana ada yang menyifatkan tindakan itu seperti memalukan.

Namun, ada juga yang berpendapat mereka juga mahu guna cara yang sama jika berkenalan dengan orang baru nanti.

Apa pula pendapat korang? Adakah korang nak cuba buat exit survey jugak dalam percintaan? 

Sumber: Mail Online, TikTok @riesling4prez

Baca: “Siapa ada ruangan feedback”- Wanita Terkejut ‘Date’ Hantar ‘Exit Survey’ Untuk Dilengkapkan Lepas Habis Temu Janji 

tiktok exit 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.